Sunday, May 31, 2009

A tribute to my lovely cat, Mr Blacky & Cipon-san

Weekend ni asyik bersedih je, bermula dengan Jumaat malam. Sebabnya tengok movie je! Ihihi aku memang emo orangnya, lebih-lebih lagi sekarang ni berbanding belasan tahun dulu.

I Not Stupid Too

Singapore movie ni aku tengok dah dua kali kalau tak silap. Tapi dua-dua kali pun tetap sedih! Emo kan?

Aku rasa movie ni bagus di tonton dalam keadaan dunia pendidikan yang tengah kacau bilau sekarang. Bukan tu je, bagus juga di tonton oleh parents untuk lebih memahami isu anak-anak muda sekarang.

"Epal yang rosak, kalau dibuang bahagian yang rosak, masih lagi sebiji epal"


Walau pun parents aku dulu tak pernah bagi tahu secara lisan apa yang mereka fikir dan harap tentang aku (kecuali sekali, mak aku tanya aku nak jadi apa? Masa tu aku konfident je jawab, Lawyer. Tapi tak jadi pun! hihi), tapi semua kami adik beradik jadi juga 'orang'.

Tapi sekarang perents dan cikgu dah tak boleh lagi menggunakan pendekatan yang sama macam dulu untuk memberi didikan. Zaman dan berubah, macam tu juga idea dan perkembangan minda anak-anak sekarang.

Teringat satu kata-kata yang aku baca (tapi tak ingat kat mana, gomen!).
"Mendidik anak semasa kecil, seperti mengukir di atas batu. Mendidik anak di usia dewasa, seperti mengukir di atas air"

Betapa susahnya mengukir atas batu, akan kekal berbanding di atas air!

Rela hati

Mengikut pengalaman aku selama dua bulan menjadi 'cikgu kecik'-yang selalu kena buli, aku dapati mereka perlu pendekatan yang lebih friendly and fresh. Bukan lagi marah dan pukul. Mereka perlu sokongan dan kepercayaan sebenarnya, barulah mereka boleh dibentuk mengikut acuan sepatutnya dengan rela hati.

Kes aku dulu, dia budak yang diam. Tapi dia 'angin' sikit budaknya. Mula-mula aku tak faham apa yang menjadi masalah pada budak ni? Tapi bila ujian dia yang 1 markah lagi fail, aku 'tutup mata' siap suruh dia bawa pemadam and pensil, betulkan depan aku; barulah dia lebih 'cool' dan nak cakap dengan aku.

Selain tu, ada kelas yang tak pernah ada student dalam tu kalau ada cikgu. Tapi bila aku ada, diorang penuh pula satu kelas! Mungkin sebab aku bagi peluang pada diorang, approach diorang macam diorang kawan. They can ask me anything!

Ceh, perasan best je! Walau apa pun, tu pandangan aku lah. Tapi dalam keadaan sekarang yang duit adalah segalanya, parents pun sibuklah kejar duit. Kerja siang malam. Balik rumah dah penat, tak ada masa nak bermesra dan ambil berat tentang anak-anak. Cikgu pun terpaksa fikir pasal duit, kelas tuisyen lebih bermakna dari sekolah. Ajar separuh hati, perhatian tak ada pada pelajar. Lepas tu, kerajaan pula buat polisi yang bukan-bukan menambah pening semua orang. Akhirnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!

That's my opinion, maaflah kalau ia tak sesuai. Tapi cubalah luangkan masa, dengar betul-betul apa yang semua pihak mahukan. Ingat lagu Awie, Dunia tak kan berubah. Dengan amarah dan rajuk mu itu. Sedarlah!

10 Promises to my Dog



Aku nak sangat tengok movie ni dari hari tu, tapi malas nak pergi cinema. Tak sangka pula, malam tadi masa tengah download lagu Korea OST drama (yang satu pun aku tak paham sebenarnya!), aku terjumpa satu site untuk tengok online.

Wah! Apa lagi menghadaplah aku sampai ke pagi! Mula-mula seronok sebab anjing tu cute sangat, gebu, comel, geram je aku tengok! Rasa nak bela pun ada. Tapi akhir-akhir sedih pula.

Socks yang sangat setia dan selalu meneman Akari dari kecil sampai dapat boifren. Dah dapat Boifren, lupa kat Socks! Kesian kan nasib anjing, kalau lah dia manusia, sorry naik lori lah ko Akari. Tak mou dah kawan!

Tu la manusia, walau mak dah pesan ingat 10 janji tu kalau nak bela anjing tu, si Akari tu telah terlupa dan hanya ingat masa Socks dah nak mati. Sedih betul! Buat aku teringat kucing-kucing kesayangan yang pernah hadir mengisi dan meneman hari-hari aku dulu. Sekarang semua dah tak ada, terasa rindu pula tiba-tiba kat diorang.

Aku tak boleh upload gambar diorang sebab mak aku tak bagi ambil gambar kucing, takut mati cepat. Diorang tak mati, tapi hilang. Entahlah, lagi pun orang kata kucing tak mati kat rumah tuannya.

Cipon-san the Brave

Aku teringat kucing pertama yang datang rumah kitorang selepas sekian lama, namanya Cipon. Aku yang bagi nama tu dan beriya nak kucing tu. Kata kakak aku, mak kucing tu dan adik beradiknya mati kena langgar, sebab kesian dia bawa balik kampung dari Muar. Cipon sangat manja dengan semua orang, suka baring sama-sama bila kitorang tengok tv, lepas tu suka hisap baju macam hisap susu. Kesian dia, mesti dia tak tahu dia kucing sebab tak sempat belajar! Anyway, Cipon kucing paling baik, sampai bapak aku pun puji tau!

Mr Black the Kind

Kucing seterusnya ialah Black and White. Si Tam dan Putih. Kucing ni adik beradik, tapi Hitam baik dengan Putih. Selalu nak tolong Putih bersihkan badan, tapi Putih sombong bukan main! Pada aku, Hitam kucing kesayangan aku sebab pada hitam ada putih! (Badan Hitam semua hitam, tapi ada 'tie and stocking' putih. Putih pula 100% putih, hidung je pink!)

Ada satu malam masa tu diorang kecik lagi, tiap malam kena hantar diorang pergi 'toilet' kat luar rumah sebelum tidur. Memang train macam tu supaya tak kencing berak dalam rumah. Sekali ada pula bapak kucing dari mana pergi kejar and nak gaduh dengan diorang! Mencicit kucing kecik kena kejar!

Sampai terberak-berak si Hitam kena kejar, lepas tu menyorok bawah kerusi. Puaslah aku pujuk, rupanya mata dia berdarah! Kelam kabut aku tangkap diam nak tengok apa terjadi sebenarnya. Risau aku kalau-kalau mata dia buta. Dahlah Hitam, tak sapa suka, buta lagi!

kucing pun ada perasaan!

Rupanya bawah mata dia je yang kena cakar sikit. Malam tu dia tidur dengan aku, tapi aku tak boleh tidur so aku tengok dia. Dia pula macam tahu je aku risau kat dia, dia diam je. Selalu bising sebab Putih tak ada (Putih tidur dengan adik aku).

Tengok mata dia yang berkilau-kilau dalam samar cahaya lampu tidur, aku menangis sebab kesian dan rasa bersalah. Selebihnya sinar mata tu sangat menyentuh hati aku! Tak banyak benda yang boleh menyentuh hati aku, ini antaranya! Sampai sekarang, walau pun Hitam dah tak ada, aku masih boleh ingat rupa dia, satu-satunya kucing yang tahu kiss hidung aku!

Where ever both of you might be, thanks for always be on my side!

Saturday, May 30, 2009

Soalnya hati



Dulu

Aku suka lagu ni, classic.

Dah lama tak dengar atau ambil kisah, sehinggalah tengok CD ni all the way dari KL-Segamat dengan anak buah aku.

Sambil sekali-sekala menjeling bintang yang bertabur kat langit dari tingkap kereta abang aku, teringat pasal seseorang yang jauh. Entah apa khabar dia aku tak tahu, dan kalau boleh tak mahu lagi ambil tahu. Menyesal tu taklah, tapi aku nak teruskan hidup.

Sambil tu anak buah aku pulak dok usap-usap mata dan senyum-senyum balik bantal busuk dia, tengok Belle dan Beast menari untuk kali pertama, sambil di iringi suara Mrs Pots yang menambah classic lagi!

Di sebalik bintang, di sebalik senyum dan sengih anak buah aku, aku terfikir sesuatu. Kalau anak buah aku yang sekecil 4 tahun tahu menghargai sesuatu 'perasaan', apa pula aku?

Sekarang

Masih sedang berdiam diri.

Terasa nak meneruskan, tapi aku bimbang mempergunakan sebab aku tak punya perasaan. Hari ku tak berubah indah, tanpanya aku tak gundah, bebanku tak mahu kuserah, diamku pula tak kebah-kebah!

Kalau bercinta, laut api pun sanggup direnang. Bara pun sanggup dipijak dan bla bla bla Tapi aku tak rasa begitu pun. Sandaranku hanya satu, yang aku cuba yakini akan memimpin aku ke arah pilihan tepat. Tapi aku sendiri makin keliru sekarang

Selamanya

Dia akan setia menanti. Entah aku tak pasti kenapa? Mungkin sifatnya yang terlalu percaya diri dan bersopan. Dia yakin pilhannya tepat sangat, agaknya. Walau apa pun yang aku buat, dia tak pernah mahu mengulas. Sedang aku juga ingin tahu kalau dia marah, menyampah atau apa saja dengan sikap ku.

Jadi kesimpulannya dia tak kisah?

Tak kisah maknanya tak sungguh kan?

Dari Cerita Hindustan

Tadi aku tengok cerita Hindustan. Berbeza dengan cerita lain yang banyak adegan menari dan menyanyi sambil guling-guling kat kawasan pergunungan, cerita ni tentang masa untuk setiap orang untuk bercinta dan dicintai. (Tema ni tetaplah ada kan?)

Antara seorang lelaki 64 tahun, yang nak kahwin dengan seorang perempuan 34 tahun, bapa perempuan tu berusia 58 tahun, dan seorang pesakit kanser darah yang berusia 7 tahun.

Siapa yang boleh tentukan kelayakkan untuk bercinta berdasarkan masa atau usia? Yang mana lebih baik, dapat hidup bersama 10 tahun tapi sama-sama mencintai? Atau dapat hidup bersama 50 tahun, tapi tak sama-sama mencintai? Bagaimana si kecil 7 tahun yang tahu dirinya akan pergi selamanya, tapi menyokong orang yang masih punya masa untuk mencari cinta hati mereka.

Pesan Nenda:

Cucunda sekelian, nampaknya nenda masih belum jumpa nenda lelaki kalian. Tapi jangan bimbang, nenda mahu kamu semua jangan fikirkan usia dan masa, tapi perasaan untuk membina hidup bahagia.
Sekurang-kurangnya, rasa hormat dan sudi berkongsi. :)

Mula-mula

Akhirnya aku buat juga blog sendiri. :)

Sebenarnya dah lama nak buat, cuma tak tahu nak tulis apa dan belum bersedia nak berkongsi dengan lebih ramai orang tentang apa yang aku rasa dan fikir. Lagipun banyak responsibility yang aku kena tanggung bila buat blog, kena update, fikir nak tulis apa etc

Tapi mungkin aku dah bersedia kot. Melihat beberapa orang kawan aku yang dah ada blog sendiri di samping membaca blog orang lain hari-hari; aku rasa tak salah untuk aku cuba. Cuma lepas ni aku kena fikir apa yang aku nak tuliskan setiap kali dan luangkan masa untuk update. Wah! tak kan nak kena pasang streamyx pulak??

Atau mungkin aku hanya perlu memikirkan apa yang aku nak bagi tahu pada anak-cucu tentang pengalaman hidup nendanya ni. Ihihi seronok pulak bila fikir aku nak jadi nenda! Haha entah bila lah tu...insyaAllah satu masa nanti!

Oklah, at the moment ini je dari aku sebagai sekapur sireh. Moga ada lagi catatan perkongsian yang akan mampu aku coretkan di sini, kali yang lain.

Salam dari aku,
San_matahari

*thanks to my friend Ila Othman, sebab inspire aku untuk membina blog ini! Nanti bleh kita link-link e...


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes