Wednesday, November 18, 2009

Two side of a story

Hari ni aku nak 'membebel' pasal satu perkara benar yang terjadi. (Ini bukan cobaan, ini betul-betul! ~Filem: Bujang Lapok)

Mulanya aku tak nak menuliskannya di sini sebab aku rasa ia macam-bagus-je untuk dibaca. Tapi memikirkan ia bagus sebagai peringatan untuk diri aku sendiri, maka aku tulislah juga.

Kisahnya begini...

Semalam aku pergi PJ amik surat perlantikan appointing letter kata omputehnya, selain tu amik beberapa surat dan form lain. Aku tak tahulah kalau ini praktis biasa, tapi company ni nak aku buat medical check up kat panel clinic, which i don't know to what degree it was necessary? Memanglah cost tu diorang akan reimbursed balik, tapi aku jadi pelik sikit. Selain tu aku juga kena buka account dengan EON bank since bank lain diorang tak TT.

Anyway aku tak kisah sangat pun, buat je lah. Tak menyebabkan sebarang kecederaan pun kalau aku buat...Apalah sangat kan? Lain company, lainlah procedurenya.

Balik dari situ aku terasa sedih dan pilu. Mungkin apa yang tertulis di surat perlantikan tu tak begitu menggembirakan? Nilai terlalu rendah? Demand terlalu tinggi? Expectation? Lekeh? Semua tu bermain di fikiran aku sepanjang perjalanan dari PJ ke Bangi. Dalam keributan kereta-kereta yang balik dari tempat kerja masing-masing, dalam kedinginan air cond ditambah basahnya jalan raya dek hujan dari jam 4 petang tadi, aku sendiri bergelut dengan soalan tentang kepercayaan diri!

Sejak akhir-akhir ni aku menghadapi masalah kelembapan otak untuk berfikir dan bertindak. Mungkin juga disebabkan kekurangan nutrient dalam makanan yang kebanyakkannya (hampir 90%!) berunsur 'segera' atau bahasa lebih 'bersopan', menjimatkan kos. Harga yang perlu aku bayar untuk memastikan aku terus bergerak dan tak bersenang lenang, juga supaya aku sedar hidup tak mudah sebenarnya!

(Pengajaran dari pengalaman; adalah guru terbaik!)

Dalam kelembapan otak yang tinggi itu aku masih boleh menangkap makna 'pengalaman' dan 'pengajaran'. Syukur pada Tuhan, pemilik dunia dan segala isinya!

Tak dinafikan aku sedih sebab impian indah dulu tak jadi kenyataan. Impian yang too-good-to-be-true tu 'terpaksa' aku overite dalam hard disk minda aku supaya aku boleh run. Rupanya ia virus yang menyebabkan seluruh system aku rosak! Tergendala, salah faham, tak tau diri bla bla bla

Sekarang aku berdepan realiti yang tak indah. Tentulah susah! Macam halusinasi, tapi benar. Dari offer 6k sebulan, jadi 1.8k sebulan? Dari Company Director, jadi Admin Assistant?

Realiti memang pahit!!

Krisis diri menjadi tinggi dan kebarangkalian untuk jadi pemberontak sangatlah tinggi. Ia menjadikan aku berotak kosong seketika, bagaikan bayi yang sedang cuba belajar memahami perkataan orang di sekelilingnya.

Semuanya terpaksa bermula sekali lagi!

Diri yang mana tak jadi bengong?

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

c/o But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

c/o

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa


Basically lagu ni menerangkan segalanya yang aku rasa. Aku tambah sedih bila mendengarnya malam tadi. Tapi juga aku rasa makin kuat untuk langkah seterusnya. Aku tahu, aku kena kalah sekali sekala.

Sebatang pensil mesti mengalami kesakitan kerana pemiliknya akan selalu mengasahnya untuk menulis. Tapi pengorbanan pensil itu membawa perubahan pada dunia melalui tulisan penulisnya!

Apa yang penting (kerjasama) adalah aku mesti teruskan kepercayaan yang memang telah ada dalam diri, bahawa aku boleh berjaya. Mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya dan hidup. Tak henti berusaha.

Bukan apa ujian tu soalnya, tapi apa erti ujian tu sebenarnya!

Ya Allah, Mudah-mudahan aku dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan beroleh kejayaan yang aku idam-idamkan! Dan moga ini semua jadi pengajaran paling berguna untuk aku mencorak masa depan. Amin.

Sunday, November 8, 2009

Marahlah saya, cikgu!

Aku nak membebel lagi hari ni! Banyak perkara nak di bebelkan nih! hahaha

Satu; pagi-pagi lagi aku dah terasa sedih sampai menangis! Ops bukan sebab potong bawang buat sarapan nasi lemak e, tapi sebab dengar lagu OST Beethoven Virus 'Last Concert'.

Aku sibuk sangat tengok drama tu yang dah habis pun last Friday, tapi 'virus'nya masih juga tak kebah-kebah malah bertambah-tambah pula! :D Tak habis-habislah aku mengexplore internet untuk mp3 atau pun youtube en Kim atau pun wataknya dalam citer tu Maestro Kang.

Satu fakta menarik yang aku jumpa, selain dia ni sangat obses dengan watak yang dia bawa (ala-ala Johnny Deep r..), masa awal-awal dulu ada skrip writer kata dia tak cukup handsome untuk jadi Hero! kuikuikui kesian en Kim ni! Tak dapek den nak nolong! Tapi betullah kata orang, Beauty lies in the eyes of the beholder.

Aku rasa dia hensem jek. Ada satu picture dari filem/drama White Tower (dia jadi doktor dalam citer ni), yang sangat berbeza dengan muka en Kang. Look younger and handsomer! (Ada ke words ni??) but always; smirky!!

Bila aku start tengok citer ni aku teringat pula kat office lama aku dulu ada sorang bos Jepun yang aku pun dah lupa nama dia, muka macam en Kim. Beberapa hari jugalah aku dok teringat muka bos tu! haha jangan marah. Mak saya kata kalau nak tau muka suami kita nanti, tengoklah muka orang yang kita suka nak tengok, walau pun kita tak tahu kenapa! (haha macam penah dengar jek nih! kiki)

Oh lupa nak cerita kenapa aku sedih tadi..

Sebab bila aku dengar je lagu tu aku terasa sangat sayu. Sebab aku tahu hari Isnin 8.30pm esok, aku dah tak leh tengok en Kim lagi! Tak leh dengar classic music yang best secara free lagi! haha Lebih sedih kehilangan rasa teruja nak tengok en Kang, kalau tak 8.30pm je aku lari-lari nak tengok citer tu!

Aku rasa semua orang tak suka hari last, atau pun perkara yang kita tahu tu adalah yag terakhir kita buat. Contoh lanjut macam hari last keje situ, hari last semester tu sebelum masing-masing grad dan bawa haluan sendiri. Macam tulah..

Aku benci hari last! Sedih! Selalu rasa macam baru jek mula jumpa, tapi dah kena berpisah. Then selalu rasa ada perkara yang aku tak selesaikan! Selalu. Jadi aku tak suka hari last!

Dulu aku ada cikgu yang mengajar bahasa melayu kelas aku, hari last dia kat sekolah tu sebelum pindah sekolah, dia balik senyap-senyap sebab tak nak sedih jumpa kitorang! Tapi tak pe, aku faham apa dia rasa...

Selain dari tu ada juga sebab-sebab lain kenapa aku rasa sedih sangat lagu tu. Sebab aku tak pergi kelas hari ni! Hari ni kena hantar assignment, tapi aku tak pergi. By the way assignment aku tak siap lagi pun!!

Aku tak tau haperlah nak jadi dengan aku ni. Kadang-kadang aku memang suka buat sesuatu yang off-limit, supaya lepas tu aku jadi normal balik. Entahlah boleh jadi normal ke tidak? Kalau tak macam mana???

Ni lah aku teringin juga nak ada cikgu 'garang' macam en Kang nih!!! hihihi >_<

Friday, November 6, 2009

Aku dan diri ku, dan er...en Kim (hihihi)

Dah lama gila aku tak menulis ek? Teka, sekarang aku tengah dengar lagu apa? Aku dengar lagu Beethoven!!! Symphony no 5.

Macam tak percaya, tapi aku dah terpengaruh dengan "Beethoven Virus" drama Korea oleh en Kim Myung Min. Sejak tu aku pun suka atau bertambah suka dengan music classic. Actually aku memang dah lama suka classic music, orchestra, violin tapi biasa je lah. After tengok drama ni kat 8tv (last episode malam ni!), aku dh makin kemaruk la pula!!

Aku sekarang ada kat rumah baru. Mahkota 25, kat Bangi-Kajang area. Tak tahulah berapa lama aku akan stay sini, tapi inilah tempatnya at the moment. D1 dah pun aku tinggalkan minggu lepas, dengan sedikit perasaan sedih dan hiba.

"Separuh jiwaku pergi, Memang indah semua, Tapi berakhir luka"

However enaugh with that. Aku nak mulakan cerita baru, cerita yang lebih gembira dan bermakna. Tapi at the moment, aku masih belum mampu mengubah apa-apa!

Aku try untuk focus on my assignment (this sunday), midterm (next Sunday)pastu baru nak mula lain-lain? Aku tak tahu kalau ia mungkin terlambat, tapi aku memang ada masalah untuk memulakan sesuatu sekarang. Aku macam dah phobia atau pun aku dah jadi malas aka give up?

Percaya tak yang aku rindu nak jadi busy macam orang lain yang busy sampai makan atau tidur pun tak sempat??? Pelik kan? Aku rasa dengan tu akan lebih pandai menghargai masa yang aku ada. Orang sekeliling yang aku sayang etc

Apa aku mengarut ni? Aku tak mengarut, dari dulu lagi aku memang bercita-ita nak jadi macam tu. Bangun tido kat KL, makan tengah hari kat Brunei, minum petang dah sampai tempat lain, tido kat Tokyo. Esok tengah hari fly balik KL etc! Giler hectic!! Tapi aku rasa best pula. Bila dapat cuti, aku tido puas-puas atau makan puas-puas atau jalan-jalan puas-puas, sebelum mulakan semua busy sekali lagi!!

Tu sebabnya aku sambung study, so that weekend aku terisi. Malang sikit sebab weekend aku terisi every two week je! Bukan every week macam yang aku harap. Entahlah mungkin aku dah gila kerja sangat kot! KECUALI ketika essay ini aku tulis, aku dah tak bekerja secara rasmi di pejabat sejak May! Irony!!!

Aku rindu semua ke'busy'an bekerja, 'perlumbaan tikus' yang sekali sekala bosan juga especially bila terperangkap dalam jem lah, lain-lain aku ok je! Aku rindu pada responsibility yang aku perlu selesaikan dan dulukan lebih dari kepentingan diri sendiri, sebab kesedaran bahawa aku di bayar gaji oleh majikan. Aku rindu kesibukkan yang memeningkan, menuntut kesabaran dan rasa tak puas hati yang tak boleh diluahkan kat pejabat, melainkan menghambur kat orang lain di luar pejabat! hahaha

Oh tiiiiidaaaaaaaakkk!!! Hakikatnya aku masih lepak kat rumah! :(

Aku sedang berangan-angan?? Tak tahulah, mungkin ini masa aku berehat sambil diuji untuk memberi aku kesedaran, betul ke aku ni seorang yang bercita-cita tinggi? Adakah orang yang bercita-cita setinggi gunung, berhenti mendaki di pertengahan gunung sebab sedikit hujan yang menimpanya? Mampukah sedikit selsema menahan keinginan seorang pendaki mencecah dan menawan puncak gunung impiannya?

Lu pikir lah sendiri!! Kata Nabil. Kata aku???

Kata aku; Eh sudahlah San! Get your lazy butt off the cosy sofa and find job! Jadi operator pengeluaran pun boleh! Hahaha

Boleh ke? Aku penah buat keje call center early October, for about a week je sebab aku tak tahan buat kerja menial!

Funny? Tak, aku pun macam tak percaya! Tapi memang aku rasa tak boleh bertahan atau bersabar kat area tu. Aku boleh bekerja dengan jujur dan baik, tapi sila beri aku kebebasan untuk mengembangkan idea aku atau pun sedikit sebanyak sila dengar aku! Mungkin dah biasa masa kat tempat kerj lama. Aku bukan ROBOT!

Aku membebel jek dari pagi sejak buka mata sampailah sekarang dah dekat pukul 11! Actually aku plan nak buat assignment, tapi aku dah pening sejak tadi lagi. Maybe sebab lighting kat rumah aku ni tak cukup. Maklumlah tutup je tingkap ni dengan langsuir ops langsir. Dah lah dok sorang aku ni, cakap lagi yang bukan-bukan! Minta simpang, mintak simpang!

Nak singkap langsir tu nanti orang kat luar yang lalu lalang boleh nampak aku dengan jelas. Actually ni kelemahan rumah ni. Dah lah aku memang suka nature dan pemandangan, sekali tak boleh buka tingkap sebab terlalu dekat dengan jalan. Rumah murah, nak ada privacy beli r banglo! hihi

Tapi tak apalah, insyaAllah ada duit lebih sikit nanti aku cadang nak beli langsir yang jarang tu. Bukan yang tebal so that ada cahaya (natural light) dan boleh nampak pemandangan luar tanpa orang luar sedar yang aku sedang tengok diorang lalu! hihi

Mahkota 25 ni rumah orang kaya-kaya since siang-siang pun kena buka lampu dalam rumah! Perghhhh...kaya lah nak bayar bil letrek nanti!

Oi bila lah nak mula buat assignment ni!!!???

Oklah, penat dah membebel yang bukan-bukan. Walau pun aku nak cerita sal kekaguman aku kat en Kim Myung Min, aku ada benda lain nak kena buat pula. Tak pelah anyway aku paste gambar en Kim aka Maestro Kang Gun Woo sebagai inspirasiku!!! Muahahahahahaha


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes