Dah lama gila aku tak menulis ek? Teka, sekarang aku tengah dengar lagu apa? Aku dengar lagu Beethoven!!! Symphony no 5.
Macam tak percaya, tapi aku dah terpengaruh dengan "Beethoven Virus" drama Korea oleh en Kim Myung Min. Sejak tu aku pun suka atau bertambah suka dengan music classic. Actually aku memang dah lama suka classic music, orchestra, violin tapi biasa je lah. After tengok drama ni kat 8tv (last episode malam ni!), aku dh makin kemaruk la pula!!
Aku sekarang ada kat rumah baru. Mahkota 25, kat Bangi-Kajang area. Tak tahulah berapa lama aku akan stay sini, tapi inilah tempatnya at the moment. D1 dah pun aku tinggalkan minggu lepas, dengan sedikit perasaan sedih dan hiba.
"Separuh jiwaku pergi, Memang indah semua, Tapi berakhir luka"
However enaugh with that. Aku nak mulakan cerita baru, cerita yang lebih gembira dan bermakna. Tapi at the moment, aku masih belum mampu mengubah apa-apa!
Aku try untuk focus on my assignment (this sunday), midterm (next Sunday)pastu baru nak mula lain-lain? Aku tak tahu kalau ia mungkin terlambat, tapi aku memang ada masalah untuk memulakan sesuatu sekarang. Aku macam dah phobia atau pun aku dah jadi malas aka give up?
Percaya tak yang aku rindu nak jadi busy macam orang lain yang busy sampai makan atau tidur pun tak sempat??? Pelik kan? Aku rasa dengan tu akan lebih pandai menghargai masa yang aku ada. Orang sekeliling yang aku sayang etc
Apa aku mengarut ni? Aku tak mengarut, dari dulu lagi aku memang bercita-ita nak jadi macam tu. Bangun tido kat KL, makan tengah hari kat Brunei, minum petang dah sampai tempat lain, tido kat Tokyo. Esok tengah hari fly balik KL etc! Giler hectic!! Tapi aku rasa best pula. Bila dapat cuti, aku tido puas-puas atau makan puas-puas atau jalan-jalan puas-puas, sebelum mulakan semua busy sekali lagi!!
Tu sebabnya aku sambung study, so that weekend aku terisi. Malang sikit sebab weekend aku terisi every two week je! Bukan every week macam yang aku harap. Entahlah mungkin aku dah gila kerja sangat kot! KECUALI ketika essay ini aku tulis, aku dah tak bekerja secara rasmi di pejabat sejak May! Irony!!!
Aku rindu semua ke'busy'an bekerja, 'perlumbaan tikus' yang sekali sekala bosan juga especially bila terperangkap dalam jem lah, lain-lain aku ok je! Aku rindu pada responsibility yang aku perlu selesaikan dan dulukan lebih dari kepentingan diri sendiri, sebab kesedaran bahawa aku di bayar gaji oleh majikan. Aku rindu kesibukkan yang memeningkan, menuntut kesabaran dan rasa tak puas hati yang tak boleh diluahkan kat pejabat, melainkan menghambur kat orang lain di luar pejabat! hahaha
Oh tiiiiidaaaaaaaakkk!!! Hakikatnya aku masih lepak kat rumah! :(
Aku sedang berangan-angan?? Tak tahulah, mungkin ini masa aku berehat sambil diuji untuk memberi aku kesedaran, betul ke aku ni seorang yang bercita-cita tinggi? Adakah orang yang bercita-cita setinggi gunung, berhenti mendaki di pertengahan gunung sebab sedikit hujan yang menimpanya? Mampukah sedikit selsema menahan keinginan seorang pendaki mencecah dan menawan puncak gunung impiannya?
Lu pikir lah sendiri!! Kata Nabil. Kata aku???
Kata aku; Eh sudahlah San! Get your lazy butt off the cosy sofa and find job! Jadi operator pengeluaran pun boleh! Hahaha
Boleh ke? Aku penah buat keje call center early October, for about a week je sebab aku tak tahan buat kerja menial!
Funny? Tak, aku pun macam tak percaya! Tapi memang aku rasa tak boleh bertahan atau bersabar kat area tu. Aku boleh bekerja dengan jujur dan baik, tapi sila beri aku kebebasan untuk mengembangkan idea aku atau pun sedikit sebanyak sila dengar aku! Mungkin dah biasa masa kat tempat kerj lama. Aku bukan ROBOT!
Aku membebel jek dari pagi sejak buka mata sampailah sekarang dah dekat pukul 11! Actually aku plan nak buat assignment, tapi aku dah pening sejak tadi lagi. Maybe sebab lighting kat rumah aku ni tak cukup. Maklumlah tutup je tingkap ni dengan langsuir ops langsir. Dah lah dok sorang aku ni, cakap lagi yang bukan-bukan! Minta simpang, mintak simpang!
Nak singkap langsir tu nanti orang kat luar yang lalu lalang boleh nampak aku dengan jelas. Actually ni kelemahan rumah ni. Dah lah aku memang suka nature dan pemandangan, sekali tak boleh buka tingkap sebab terlalu dekat dengan jalan. Rumah murah, nak ada privacy beli r banglo! hihi
Tapi tak apalah, insyaAllah ada duit lebih sikit nanti aku cadang nak beli langsir yang jarang tu. Bukan yang tebal so that ada cahaya (natural light) dan boleh nampak pemandangan luar tanpa orang luar sedar yang aku sedang tengok diorang lalu! hihi
Mahkota 25 ni rumah orang kaya-kaya since siang-siang pun kena buka lampu dalam rumah! Perghhhh...kaya lah nak bayar bil letrek nanti!
Oi bila lah nak mula buat assignment ni!!!???
Oklah, penat dah membebel yang bukan-bukan. Walau pun aku nak cerita sal kekaguman aku kat en Kim Myung Min, aku ada benda lain nak kena buat pula. Tak pelah anyway aku paste gambar en Kim aka Maestro Kang Gun Woo sebagai inspirasiku!!! Muahahahahahaha
Friday, November 6, 2009
Aku dan diri ku, dan er...en Kim (hihihi)
Posted by san_matahari at 9:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
panjangnya membebel..
membebel adalah hobi sampingan di masa lapang! ki3
Post a Comment