Sunday, June 28, 2009

Aku sedang membina masa depan dengan harapan!

Dah sangat lama aku tak menulis. Banyak yang berlaku dua minggu lepas. Dalam debar dan tak percaya, aku cuba yakinkan diri untuk terima berita-berita tu dan berharap lebih banyak kebaikkan mengiringi pilihan tu berbanding keburukkan.

Pengajaran yang aku terima dulu menegaskan; pilihan baik, mana-mana pun sama. Tapi terpulang cara kita memperjuangkan pilihan kita yang menjadi tanda akhir sama ada ia betul memang baik atau kurang baik.

Sebab dalam hidup ni, satu pilihan kita buat akan membawa kita pada beribu-ribu pilihan berbeza setiap kali. Dari pilihan yang beribu-ribu tu pun tersedia beribu-ribu lagi pilihan yang berbeza dari yang sebelumnya!

Wah! Beribu-ribu lemon!



Beribu lemon!

Takut

Sebenarnya aku takut, takut dengan ketidak mampuan aku menghadapi sesuatu yang aku tak pasti. Sesuatu yang aku rasa masih mentah.

Tu sebabnya aku asyik tension akhir-akhir ni bila memikirkan berita-berita tu semua. Ia memang berita baik, dan aku gembira dengannya. Tapi aku selalu pertimbangkan dulu kebolehan aku untuk melakukan tugas yang aku bakal terima, sebelum buat keputusan terima atau tak.

Aku mimpi balik ke sekolah, dan ada test. Semua orang tahu pasal test tu dan tahu belajar mana sampai mana, aku pula baru masuk hari tu dan tak tahu apa-apa! Macam mana nak jawab???

Menurut pakar psychology itu adalah tanda yang aku nerves! And I'm!

Anyway, InsyaAllah hari ni after the discussion akan selesailah sikit problem ni. For at least ada sikit enlightment and hint untuk jalan yang seterusnya. Aku harap semuanya berjalan baik dan lebih bagus dari yang dirancang dan dari yang aku fikirkan.

Moga dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki kami, Amin.

Untuk diri aku; Selamat Berjaya San!! Aku boleh sebenarnya, cuma tak pernah buat! So mari kita buat sama-sama dan sama-sama buat yang terbaik!

Good Luck!


#p/s To all my family member's, aku sangat berterima kasih dengan bantuan, sokongan dan keprihatinan korang semua.

Walau pun korang tak cakap, tapi aku tahu. Sebab kita family!!

Love you all so much and sorry for keep you all worried about me and for always keep it up to myself. I just don't want you all to worried about me, not because you all worthless to me...

Sorry and thanks so much! Wish me all the best, and may our family succeed even more in the future. Amin :D

Friday, June 19, 2009

Sekarang, hari ni, lattest

Aku menulis dari rumah hari ni.

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis atau tak perkara ni. Sebab ini rekod buruk aku tahun 2009; dihentikan kerja oleh syarikat yang sama sebanyak 2x dalam masa 2 bulan!

PATUT KE??!!!

Ekhem..ehem..bertenang..bertenang...rileks, tarik nafas....huh! (hembus)

Satu bahagian, aku terasa tak kisah. Bagus juga sebab secara tak langsung beban aku hilang secara automatic tanpa aku perlu bersusah-susah. Aku tak perlu buat apa-apa pilihan dan boleh tanpa berselindung lagi menyokong 'pihak yang lagi satu'.

Satu bahagian lagi pula, berasa sedikit bingung dan bimbang sebab 'pihak yang lagi satu' masih berdiam dan belum juga membuat sebarang keputusan tentang aku. Maknanya aku telah pasti satu belah, tapi belah yang lagi satu masih tak pasti sedangkan sebelum ni belah ini telah membuat tawaran yang begitu 'too good to be true'.

Dan satu bahagian lagi berasa, aku patut lari je dari semua ni. Sebab ke dua-dua bahagian juga tak boleh dipercayai dan memanjangkan lagi ties ni hanya membawa faedah berterusan untuk mereka, tapi tidak aku. Anyway, siapalah aku...uhuk!

Lalu satu bahagian lagi pula berkata; kat mana aku nak LARI???

...............blur...........................

Sejak perkara ni berlaku, kali pertama dulu memang aku risau. SANGAT risau sebab banyak perkara yang perlu aku fikirkan. Ia terjadi terlalu tiba-tiba dan aku tak langsung bersedia.

Tapi bila terjadi kali kedua, aku macam dah tak ada perasaan lagi. Terasa macam dah pasrah, terasa macam dah 'apa-apa je lah!'.

Sebab bila dikenang-kenang, sakit hati je. Kenapa sakit hati? Sebab aku bagaikan hanya 'tunggangan' mereka bagi mencapai maksud sedangkan aku tak punya apa-apa selepas itu.

Sekarang, aku tengah dengar lagu raya. Tak sabar nak raya, macam tiap-tiap tahun yang sudah! :) Dan dengan keadaan yang sekarang ni, lebihlah aku suka dengar lagu raya.

Entahlah, kalau-kalau kerana makna dan perasaan raya adalah 'harapan' dan 'kegembiraan' buat aku...

Wednesday, June 10, 2009

Melompat lebih tinggi

Result exam aku dah keluar officially last week kot. Last time aku check baru ada satu subjek, lagi dua belum appear. Dah berdebar sebenarnya, tapi control jek...

Hari ni aku check lagi. Alhamdulillah, I'm on the Dean's List!! 3.56 :)

Actually tak lah bangga sangat sebab subjeknya biasa, baru mula kan. So bukanlah subjek yang susah. Tapi aku berjaya capai impian dapat Dekan, tu yang penting. Diploma dulu, first sem pun tak dapat!

Aku memang berkobar-kobar degree ni. Semangat nak dapatkan result yang best, tak yah tidur malam, nak buat assignment sungguh-sungguh etc Dulu masa Diploma rasa poyo jek study sungguh-sungguh tu! :D

Now I know and understood clearly what I want!

Maybe masa Diploma dulu tak ada experiences, tak ada guide -main redah je! Sekarang bila buat Degree, aku dah tahu apa aku nak buat step by step. Mana nak pergi, macam mana nak buat. Lagi pun, memang dah lama aku nak sambung Degree, cuma asyik tak jadi sebab tak tahu apa yang aku betul-betul nak.

Lastly aku jumpa juga apa yang aku suka, dan aku rasa aku bagus di situ. Aku kenal lagi diri aku! hehe


melompat lebih tinggi


Catatan ni penting, sebab aku nak generasi selepas aku boleh capai lebih baik dan lebih bagus dari apa yang aku capai hari ni. Tu antara sebab utama kenapa aku nak sambung Degree walaupun terpaksa 'ikat perut' (dari joli, makan dan jalan sakan!) tiap-tiap bulan sebab nak bayar yuran study.

Kalau aku ada Diploma Engineering, Degree Technology Management, harapnya generasi seterusnya akan boleh capai lebih dari ini. Mudah-mudahan keluarga kita semua dipermudah urusan dan mendapat kesenangan dunia akhirat. Amin

Mari ramai-ramai Gambaremasho!!

(saat ni aku dah terbayang-bayang perancangan untuk Master nanti! :D )

Untuk diri aku sendiri, harap dapat maintain 3 pointer hingga grad nanti. Semoga terus ada semangat dan keinginan membara untuk belajar ilmu berguna. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk kepentingan dan kegunaan umat manusia.

To my late beloved lecturer; hari ni saya berjaya dapat 3 pointer! Alhamdulillah, berkat doa encik Z dulu. InsyaAllah saya akan cuba kekalkan. Terima kasih sebab tetap ambil berat walau dalam diam. (Al-fatihah)

"manusia memang lazim terlupa menghargai apa yang dia miliki, tetapi
meratapi setelah kehilangannya"

Friday, June 5, 2009

kenal diri antara diri-diri yang lain

Taylor Swift - Love Story

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
See you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything of me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they're tryin to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh,
Oh, oh
Cause we were both young when I first saw you...



Aku sangat suka lagu ni, dan kebanyakkan lagu minah nama Taylor Swift ni. Rasa macam sangat sedap di telinga! Sangat sesuai dengan selera music aku.

Dan aku suka sebenarnya, bila aku tahu banyak perkara tentang apa yang aku suka dan tak suka, contohnya aku AMAT tak suka ikan keli!!!

Sebab dulu ada sorang kawan aku kate, "San, apa aje lah yang ko suke???"

Ayat tu macam tak ada makna apa pun bagi sesetengah orang, tapi pada aku dari situ aku sedar satu perkara.

Aku memang amat bold and sangat neutral (kalau tak percaya, cuba letak kertas litmus kat aku, mesti tak tukar warna! p/s merah-acid, biru-alkali). I'm a b-o-r-i-n-g person! Can u believe that??!!

Aku generally suka semua benda, makanan, orang, mainan etc jarang ada yang aku tak suka. Tapi aku juga kadang-kadang sangat perfectionist, so banyak benda yang 'terasa' kureng jek di mata aku ni. Senang citer, adejelah yang tak kena! Jadi sometime ada orang salah anggap, says that aku tak suka apa-apa pun :( Tu yang kawan aku tu kate camtu...



ni sebab aku tak suka ikan nih! cuba tengok lama-lama sket


Well, tak pelah. Dah aku memang dicipta begini. Macam mana ada orang yang suka keli, ada juga orang yang tak suka keli (macam aku!). Kau cakaplah macam mana sedap pun keli tu, aku tak akan sudi merasanya! No-no. Sorry, biarlah makan dengan kicap dan telur goreng saja sekali pun, aku rela dari memilih makan keli goreng berlada!

argh..tak mao!

Monday, June 1, 2009

Mencari diri dalam lautan diri lain-lain

Wargh...hebat tak tajuk post nih? Melankolik betul! Err sebenarnya aku pun tak faham sangat, tapi lebih kurang macam tu lah..hihi

Aku ada kat office sekarang nih. Baru memulakan minggu, tapi dah terasa bosan! Aku tak ada kerja nak buat? Percaya tak...?

Sesetengah orang suka keje goyang kaki, tapi sebab aku suka apa yang orang lain tak suka, so dah tentu aku suka bekerja :) Tapi taklah termasuk membanting tulang etc sekali sekala tolong mak aku bersihkan laman ke, tebas semak kat kebun tu boleh lah. Kalau hari-hari???

Cakap pasal kerja, sekarang ni tengah cuti sekolah. Best betul budak sekolah, dalam setahun ada banyak kali cuti! Masa aku sekolah dulu, tak terasa best pun sebab aku lebih suka pergi sekolah. Bila dah kerja, terasa nak bercuti selalu-selalu lah pula! Cuma ongkosnya je yang tak selalu-selalu banyak ki3

Gunung Kinabalu



Dah lama dah aku plan nak daki gunung ni. Kalau tak silap, sejak 3 tahun yang lepas. Kenapa dan macam mana aku terfikir nak daki gunung tu ialah sebab pemandangan dan mengalahkan kelemahan diri sendiri.

Dalam flight aku balik dari Labuan last 2007 (tu first time aku naik flight pun!), aku sangat teruja melihat pemandangan langit biru. Macam kat satu dunia asing! Terasa macam tu kot indahnya syurga :) Warna biru yang tak pernah aku jumpa di mana-mana, bercampur warna putih yang sangat lain dari yang pernah aku tengok di daratan, menjadikan aku sangat teruja. Dan satu hari aku tengok satu dokumentari tentang gunung kinabalu. Pemandangan langit yang amat sama dari ketinggian gunung tu sangat mengujakan aku sekali lagi!


ni bukan aku tau!


Lagi pun masa tu aku baru-baru mula kerja, terasa banyak halangan yang bakal aku tempuh. Dan aku rasa simbolik pendakian gunung tu macam kejayaan aku mengalahkan apa pun kelemahan dan rintangan yang bakal aku hadapi. Aku sangat bercita-cita untuk menjadi salah seorang orang terkaya di Malaysia sebenarnya! Tak pun jadi antara orang yang berjaya dan terkenal dengan usaha dan menjadi lain dari yang lain. Tapi tak tahulah tercapai atau akan cuma sekadar jadi angan-angan..

Walau macam mana pun, aku tak ada buat apa persediaan lagi untuk daki gunung tu. Anyhow, maybe before I turned 30? Or maybe somewhere on 2011 or 2012? Hopefully :)

Mencari-cari

Sebenarnya tak tahu nak tulis ape. Perasaanaku sedih je sejak akhir-akhir ni. Walaupun tiap-tiap hari makan nasi lauk ayam, pergi keje naik kereta cute dan tak payah susah-susah tunggu bas kat simpang, keje dalam air-cond yang sebenarnya surf internet 70%-keje 30%, sharp kul 5 ptg-caboot balik dah; tapi aku tak gembira. Kenapa ye?

Malam-malam masih sunyi, walau rumah aku ada tv colour, ada computer p4, ada hp nokia (status: pemilikan sementara dari abang aku. tq :) ), yang boleh connect radio dan sekaligus modem internet skali skala, tepon ada 3g, sms, mms, push mail dan segala macam yang aku pun tak tahu nak pakai kadang-kadang, tapi hati masih terasa sunyi, jiwa terasa kosong dan sepi juga. Masih gagal menangkap sebarang makna dan rasa yang berwarna-warni dan penuh ceria dalam dunia ni. Kenapa ye?



Persoalanan ni bukan hari ni saja aku tanya, bukan baru-baru ni saja aku rasa, tapi dah bertahun lamanya. Aku tak pernah rasa kehadiran aku dalam alam maya ni memberi sebarang makna pada sesiapa melainkan diri sendiri. Ada atau tak ada aku, tak mengubah apa pun dalam kehidupan sesiapa pun.

Bagai wujud yang telus cahaya, sentuhan yang hanya bagai sapaan sang angin. Itulah aku, dulu dan masih lagi kini..

Aku tak tahu bagai mana, kadang-kadang aku cuba reach out ke luar dunia komfort aku, mana tahu kalau aku di dengar. Tapi selalunya panggilanku tak bersambut. Kalau ada perempuan jawab 'nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan' ke, ok lah juga. Tapi ni tak ada langsung, hanya bunyi tut tut tut yang panjang diiringi sepi yang mengerikan!

Light year

Di saat manusia-manusia yang aku kenal dari tv, internet, buku dan majalah dari dunia yang confirm tak tahu langsung wujudnya dunia aku ni, sibuk memperkatakan tentang light year technology, macam mana nak ke masa depan, aku pula terasa tertinggal berjuta-juta tahun cahaya ke belakang masa kini. Walau pun aku tahu dan sedar tentang masa kini, tapi hakikat yang aku tak 'menyentuh' masa kini tu telah menjadikan berjuta-juta tahun cahaya jurang masa aku dengan masa kini!

Dan aku tahu, aku tak bersendirian dalam perkara ni. Ada berjuta-juta orang dalam dunia ni menghadapi rasa yang sama dengan aku. Punya dunia tersendiri yang hanya kami tahu tentangnya (sebab tak ada atas peta atau globe! hihi).

Apa yang aku karutkan ni? Siapa kata aku tengah mengarut? Artikel ni juga bukanlah copy dari mana-mana, melainkan hasil tulisan aku sendiri. Akhir kata, aku dah penat berada dalam dunia telus cahaya ni.




Lu pikirlah sendiri...!


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes