Wargh...hebat tak tajuk post nih? Melankolik betul! Err sebenarnya aku pun tak faham sangat, tapi lebih kurang macam tu lah..hihi
Aku ada kat office sekarang nih. Baru memulakan minggu, tapi dah terasa bosan! Aku tak ada kerja nak buat? Percaya tak...?
Sesetengah orang suka keje goyang kaki, tapi sebab aku suka apa yang orang lain tak suka, so dah tentu aku suka bekerja :) Tapi taklah termasuk membanting tulang etc sekali sekala tolong mak aku bersihkan laman ke, tebas semak kat kebun tu boleh lah. Kalau hari-hari???
Cakap pasal kerja, sekarang ni tengah cuti sekolah. Best betul budak sekolah, dalam setahun ada banyak kali cuti! Masa aku sekolah dulu, tak terasa best pun sebab aku lebih suka pergi sekolah. Bila dah kerja, terasa nak bercuti selalu-selalu lah pula! Cuma ongkosnya je yang tak selalu-selalu banyak ki3
Gunung Kinabalu
Dah lama dah aku plan nak daki gunung ni. Kalau tak silap, sejak 3 tahun yang lepas. Kenapa dan macam mana aku terfikir nak daki gunung tu ialah sebab pemandangan dan mengalahkan kelemahan diri sendiri.
Dalam flight aku balik dari Labuan last 2007 (tu first time aku naik flight pun!), aku sangat teruja melihat pemandangan langit biru. Macam kat satu dunia asing! Terasa macam tu kot indahnya syurga :) Warna biru yang tak pernah aku jumpa di mana-mana, bercampur warna putih yang sangat lain dari yang pernah aku tengok di daratan, menjadikan aku sangat teruja. Dan satu hari aku tengok satu dokumentari tentang gunung kinabalu. Pemandangan langit yang amat sama dari ketinggian gunung tu sangat mengujakan aku sekali lagi! 
ni bukan aku tau!
Lagi pun masa tu aku baru-baru mula kerja, terasa banyak halangan yang bakal aku tempuh. Dan aku rasa simbolik pendakian gunung tu macam kejayaan aku mengalahkan apa pun kelemahan dan rintangan yang bakal aku hadapi. Aku sangat bercita-cita untuk menjadi salah seorang orang terkaya di Malaysia sebenarnya! Tak pun jadi antara orang yang berjaya dan terkenal dengan usaha dan menjadi lain dari yang lain. Tapi tak tahulah tercapai atau akan cuma sekadar jadi angan-angan..
Walau macam mana pun, aku tak ada buat apa persediaan lagi untuk daki gunung tu. Anyhow, maybe before I turned 30? Or maybe somewhere on 2011 or 2012? Hopefully :)
Mencari-cari
Sebenarnya tak tahu nak tulis ape. Perasaanaku sedih je sejak akhir-akhir ni. Walaupun tiap-tiap hari makan nasi lauk ayam, pergi keje naik kereta cute dan tak payah susah-susah tunggu bas kat simpang, keje dalam air-cond yang sebenarnya surf internet 70%-keje 30%, sharp kul 5 ptg-caboot balik dah; tapi aku tak gembira. Kenapa ye?
Malam-malam masih sunyi, walau rumah aku ada tv colour, ada computer p4, ada hp nokia (status: pemilikan sementara dari abang aku. tq :) ), yang boleh connect radio dan sekaligus modem internet skali skala, tepon ada 3g, sms, mms, push mail dan segala macam yang aku pun tak tahu nak pakai kadang-kadang, tapi hati masih terasa sunyi, jiwa terasa kosong dan sepi juga. Masih gagal menangkap sebarang makna dan rasa yang berwarna-warni dan penuh ceria dalam dunia ni. Kenapa ye?

Persoalanan ni bukan hari ni saja aku tanya, bukan baru-baru ni saja aku rasa, tapi dah bertahun lamanya. Aku tak pernah rasa kehadiran aku dalam alam maya ni memberi sebarang makna pada sesiapa melainkan diri sendiri. Ada atau tak ada aku, tak mengubah apa pun dalam kehidupan sesiapa pun.
Bagai wujud yang telus cahaya, sentuhan yang hanya bagai sapaan sang angin. Itulah aku, dulu dan masih lagi kini..
Aku tak tahu bagai mana, kadang-kadang aku cuba reach out ke luar dunia komfort aku, mana tahu kalau aku di dengar. Tapi selalunya panggilanku tak bersambut. Kalau ada perempuan jawab 'nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan' ke, ok lah juga. Tapi ni tak ada langsung, hanya bunyi tut tut tut yang panjang diiringi sepi yang mengerikan!
Light year
Di saat manusia-manusia yang aku kenal dari tv, internet, buku dan majalah dari dunia yang confirm tak tahu langsung wujudnya dunia aku ni, sibuk memperkatakan tentang light year technology, macam mana nak ke masa depan, aku pula terasa tertinggal berjuta-juta tahun cahaya ke belakang masa kini. Walau pun aku tahu dan sedar tentang masa kini, tapi hakikat yang aku tak 'menyentuh' masa kini tu telah menjadikan berjuta-juta tahun cahaya jurang masa aku dengan masa kini!
Dan aku tahu, aku tak bersendirian dalam perkara ni. Ada berjuta-juta orang dalam dunia ni menghadapi rasa yang sama dengan aku. Punya dunia tersendiri yang hanya kami tahu tentangnya (sebab tak ada atas peta atau globe! hihi).
Apa yang aku karutkan ni? Siapa kata aku tengah mengarut? Artikel ni juga bukanlah copy dari mana-mana, melainkan hasil tulisan aku sendiri. Akhir kata, aku dah penat berada dalam dunia telus cahaya ni.


Lu pikirlah sendiri...!
0 comments:
Post a Comment