Result exam aku dah keluar officially last week kot. Last time aku check baru ada satu subjek, lagi dua belum appear. Dah berdebar sebenarnya, tapi control jek...
Hari ni aku check lagi. Alhamdulillah, I'm on the Dean's List!! 3.56 :)
Actually tak lah bangga sangat sebab subjeknya biasa, baru mula kan. So bukanlah subjek yang susah. Tapi aku berjaya capai impian dapat Dekan, tu yang penting. Diploma dulu, first sem pun tak dapat!
Aku memang berkobar-kobar degree ni. Semangat nak dapatkan result yang best, tak yah tidur malam, nak buat assignment sungguh-sungguh etc Dulu masa Diploma rasa poyo jek study sungguh-sungguh tu! :D
Now I know and understood clearly what I want!
Maybe masa Diploma dulu tak ada experiences, tak ada guide -main redah je! Sekarang bila buat Degree, aku dah tahu apa aku nak buat step by step. Mana nak pergi, macam mana nak buat. Lagi pun, memang dah lama aku nak sambung Degree, cuma asyik tak jadi sebab tak tahu apa yang aku betul-betul nak.
Lastly aku jumpa juga apa yang aku suka, dan aku rasa aku bagus di situ. Aku kenal lagi diri aku! hehe
melompat lebih tinggi
Catatan ni penting, sebab aku nak generasi selepas aku boleh capai lebih baik dan lebih bagus dari apa yang aku capai hari ni. Tu antara sebab utama kenapa aku nak sambung Degree walaupun terpaksa 'ikat perut' (dari joli, makan dan jalan sakan!) tiap-tiap bulan sebab nak bayar yuran study.
Kalau aku ada Diploma Engineering, Degree Technology Management, harapnya generasi seterusnya akan boleh capai lebih dari ini. Mudah-mudahan keluarga kita semua dipermudah urusan dan mendapat kesenangan dunia akhirat. Amin
Mari ramai-ramai Gambaremasho!!
(saat ni aku dah terbayang-bayang perancangan untuk Master nanti! :D )
Untuk diri aku sendiri, harap dapat maintain 3 pointer hingga grad nanti. Semoga terus ada semangat dan keinginan membara untuk belajar ilmu berguna. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk kepentingan dan kegunaan umat manusia.
To my late beloved lecturer; hari ni saya berjaya dapat 3 pointer! Alhamdulillah, berkat doa encik Z dulu. InsyaAllah saya akan cuba kekalkan. Terima kasih sebab tetap ambil berat walau dalam diam. (Al-fatihah)
"manusia memang lazim terlupa menghargai apa yang dia miliki, tetapi
meratapi setelah kehilangannya"
0 comments:
Post a Comment