Aku menulis dari rumah hari ni.
Sebenarnya aku tak tahu nak tulis atau tak perkara ni. Sebab ini rekod buruk aku tahun 2009; dihentikan kerja oleh syarikat yang sama sebanyak 2x dalam masa 2 bulan!
PATUT KE??!!!
Ekhem..ehem..bertenang..bertenang...rileks, tarik nafas....huh! (hembus)
Satu bahagian, aku terasa tak kisah. Bagus juga sebab secara tak langsung beban aku hilang secara automatic tanpa aku perlu bersusah-susah. Aku tak perlu buat apa-apa pilihan dan boleh tanpa berselindung lagi menyokong 'pihak yang lagi satu'.
Satu bahagian lagi pula, berasa sedikit bingung dan bimbang sebab 'pihak yang lagi satu' masih berdiam dan belum juga membuat sebarang keputusan tentang aku. Maknanya aku telah pasti satu belah, tapi belah yang lagi satu masih tak pasti sedangkan sebelum ni belah ini telah membuat tawaran yang begitu 'too good to be true'.
Dan satu bahagian lagi berasa, aku patut lari je dari semua ni. Sebab ke dua-dua bahagian juga tak boleh dipercayai dan memanjangkan lagi ties ni hanya membawa faedah berterusan untuk mereka, tapi tidak aku. Anyway, siapalah aku...uhuk!
Lalu satu bahagian lagi pula berkata; kat mana aku nak LARI???
...............blur...........................
Sejak perkara ni berlaku, kali pertama dulu memang aku risau. SANGAT risau sebab banyak perkara yang perlu aku fikirkan. Ia terjadi terlalu tiba-tiba dan aku tak langsung bersedia.
Tapi bila terjadi kali kedua, aku macam dah tak ada perasaan lagi. Terasa macam dah pasrah, terasa macam dah 'apa-apa je lah!'.
Sebab bila dikenang-kenang, sakit hati je. Kenapa sakit hati? Sebab aku bagaikan hanya 'tunggangan' mereka bagi mencapai maksud sedangkan aku tak punya apa-apa selepas itu.
Sekarang, aku tengah dengar lagu raya. Tak sabar nak raya, macam tiap-tiap tahun yang sudah! :) Dan dengan keadaan yang sekarang ni, lebihlah aku suka dengar lagu raya.
Entahlah, kalau-kalau kerana makna dan perasaan raya adalah 'harapan' dan 'kegembiraan' buat aku...
Friday, June 19, 2009
Sekarang, hari ni, lattest
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment