Macam yang aku tulis sebelum ni, ramadhan tahun ni terasa lain dari biasa. Bukan je dalam diri aku, tapi juga dalam family aku.
Terasa macam masing-masing dapat ujian serentak pula, dalam bulan mulia ni. Macam-macam hal dan kerenah. Tapi macam biasa, pada aku, semua bermula sebab masing-masing rasa diri sendiri je betul. Susah kalau dah ada 'kepala besar' ni, nak pergi hospital buat pembedahan pun bukan doktor boleh buat..!
Aku kat rumah parents aku sekarang. Tak ada job lagi buat masa ni. Bagus juga sebab aku boleh 'berehat' dan spent bulan puasa ni dengan my parents. Something yang dah tak berpeluang buat after I turn 13, tak lama dulu.
Tak banyak yang aku buat pun, aktiviti aku sendiri; baca buku dan buku lagi dan lagi..dengar radio lagu klasik! Aku pun dah terikut menyanyi lagu dolu-dolu sekarang ni! He2
One more thing, naik pening aku dengar kerenah 5-6 orang anak buah aku ni. Diorang spent bulan posa kat sini, aku kan dah lama tak ada adik-adik yang kecik-kecik dan macam-macam. Serabut jek aku rasa... :X
Haha cuba fikir bapak aku yang memang kepala serabut dengan kerenah budak-budak sejak dulu lagi..? Aduh, berkurung je lah dia dalam bilik sekarang! Sound-proof?? :D
Mak aku pula kena praktik balik kemahiran meleter yang dah lama graduated. He2 Mak aku bukan suka bebel pun masa kitorang kcik dulu, time ada cucu ni jek dia 'terpaksa' amik short-course sbb cucu-cucu yang... ...
Hal anak buah sulung aku yang sakit, mungkin penyebab utama parents aku pun tak berapa terasa nak raya. Tiap kali buka posa, terkenang orang itu, orang ini. Adik aku yang praktikal kat Sarawak and tak balik raya pun diramal sebagai antara sebab tahun ni kureng..
Disamping tu masalah rumah tangga anak-anak pun turut memainkan message sedih, yang umpama cubit paha kanan paha kiri terasa. Semua nak salahkan family kitorang, macam lah kturunan depa mulia amat! Masa berchenta, gunung kudaki, laut kurenangi. Dah kawin, anak 5-6 orang, sorang daki gunung ledang, sorang gunung daik! Satu laut merah, satu laut hindi! Entahlah...
Teringat aku drama awal ramadhan hari tu, 'Bukan Bidadari'. Nak isteri best, tapi suami hampeh. Macam mana? Kalau pun sabar, sabar kan ada batasnya. Kat mana betulnya kalau matlamat untuk 2 orang, pelaksana cuma seorang? Macam mana, kalau suami yang patut jadi pemimpin, pelindung dan ketua, tak tahu pun tanggungjawabnya? Nak masuk gaung ramai2?
Sesungguhnya tiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Untung juga aku sebab dapat 'pelajaran' dari semua ni. Tapi, 'maklumat' ni, bukan semua menguntungkan aku. More or less aku pun naik risau fikir, maklumlah che ni pun tengah mencari! Nak cari yang macam manalah yang bole satisfy syarat2 dari seorang perfectionist mcm aku nh?
''Kejarlah akhirat, nescaya dunia dan akhirat milik mu''
Sunday, August 30, 2009
Diary Ramadhan 1 '09
Labels: asam garam, diary, kecoh, rumahtangga, Sabar, sesak, ujian
Posted by san_matahari at 12:11 PM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Masalah mental??
Aku menulis dari option 'Opera Mini' yang ada dalam phone aku ni.
Subhanallah, banyak feature yang membolehkan aku berhubung dengan virtual world tanpa screen dan keyboard computer! Ini baru Nokia (lupa siri pe!), belum Blackberry atau lain2 iphone canggih manggih yang lain!
Anyway telifon is still phone. Tak sebest guna pc untuk buat keja. Tapi ok lah kalau ada emergency atau nak kemudahan asas. Kat mana2 boleh capai and at ease.
Ops! Dah lari dari tajuk asal..
Siapa yang ada masalah mental ni??
Aku.
Kenapa aku kata aku? Sekarang ni aku tak ada rumah sendiri, buat sementara. Bila ada kat rumah orang, aku tak ada ruang sendiri. Kadang rasa sempit walau rumah besar.
Walau rumah aku tak ada astro dan tersangatlah basic, aku tetap rasa ia rumah paling best! Rumah mak bapak aku pun 'tak setanding'..! He2
Sebab kat rumah aku, aku tau je apa nak buat, walau pun setakat main game 'crazy bird' dari siang ke malam!
Lagi satu, aku jenis tak suka keluar rumah. Aku tak sure if this is some kind of desease but I really don't like to go out. Tapi aku suka aktiviti luar yg mencabar. Maybe, I'm a loner..
Sekarang since tak ada office, aku rasa lebih teruk. Minda aku terperangkap. Aku lemas dan senak. Tapi tak tahu nak 'luahkan'. So I just write it here.
Masa aku keje, I'm so proud of it. I don't mind buat keje pe pun. Sampai my previous bos kata he can't find anyone else like me. Sebab I'm enjoying my work-life as it was such a 'happy' stuff!
Anyway I don't go out socializing like anyone else. I went out only for work. I don't have lots of friends. If theres some, I don't have thick bank account like them.
So now since I'm working from home, it's kill my only reason to get out. So now, I'm stucked. My only happinest is no more available.
And now is semester break. Even if not, I still have to go to class alone. Mostly I skipped.
Is the problem is my mind? Or the problem is me?
I think I'm gonna need help!
Aku harap, menulis di sini dapat mengurangkan tekanan sempit di mindaku!
''Bitternest in sweet smile''
Saturday, August 22, 2009
Ramadhan 2009
Alhamdulillah! Sampai juga aku ke ramadhan tahun ni. Mudah2an lebih baik dari Ramadhan tahun-tahun sudah..
Sayu
Bila tiba Ramadhan, sejak dua-tiga tahun ni, ada perasaan sayu akan melanda hati. Marghrib 1 Ramadhan dan 1 Syawal, selalunya perasaan ini akan muncul. Aku tak tahu lah kenapa. Mungkinkah waktu ku sudah di hujung 'senja'...
Macam orang lain, terasa indahnya bila tahun ni dapat sambut Ramadhan. Sampai juga aku ke sini, sedang banyak juga orang lain yang tak sempat sampai dan ada juga yang tak endahkan langsung! Alhamdulillah, moga aku boleh manfaatkannya dengan baik dan sesempurna yang mampu.
Tapi tahun ni terasa ada kekurangan berbanding tahun lepas. Tahun lepas aku dah awal-awal standby 'azam baru' nak khatam Quran. Alhamdulliah aku khatam dalam masa sebulan (kali pertama!), tahun lepas dan juga untuk kali ke-3 keseluruhannya. Hehehe Taklah aku rasa diri ni teruk sangat...
Tapi tahun ni, aku tak begitu berazam untuk apa-apa. Mungkin sebab 'ujian' awal Ramadhan tentang rumah aku hari tu, menyebabkan aku terpaksa spend banyak masa aku kat rumah abang aku (atas sebab-sebab keselamatan). So aku memang tak ada hati sangat untuk jadi 'baik' bila kat rumah orang agaknya..
Tapi terasa sedih juga sebenarnya. Sedih sebab menumpang kat rumah orang sedangkan aku ada rumah. Juga sedih sebab aku tak begitu bersemangat untuk menggunakan masa Ramadhan yang ada ni untuk kebaikkan diri sendiri di masa depan!
Moga-moga aku pulih balik menjelang Ramadhan ke-dua. InsyaAllah malam ni aku nak balik D1 sekejap, amik barang-barang peribadi yang boleh membantu aku get to the right direction.
Keajaiban Ramadhan
Bila Ramadhan tiba, kalau kita perasan, langit dan persekitaran akan berubah warna. (Ke aku jek yang perasan? hehe). Selain rasa kesayuan yang tiada penjelasan, ada juga perasaan lain.
Bagi aku la, selalunya bila Ramadhan tiba, bukan hanya pintu syurga yang terbuka, tapi juga pintu hati aku! Hehehe terbuka untuk apa, tu aku tak boleh tuliskan di sini. :)
Aku pun masih tak tahu perkara sebenarnya. Cuma bila ia berlaku, hati ku turut merasa sesuatu yang indah. Entahlah, anggaplah saja ia kurniaan Allah untuk ku. Meminjamkan sedikit rasa indahNya untuk aku merasai nikmat dunia...
Alhamdulliah, terima kasih Tuhan!
Hanya kalau ia memang takdir untuk ku, lorongkanlah aku ke sana. Mudah-mudahan yang baik itu terus menjadi pemangkin ke arah aku yang lebih baik. Di sini dan di sana. Amin.
Selamat Berpuasa!
Akhir kata, buat semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, guru dan lecturer, sesiapa pun yang mengenali diri aku ni; aku ucapkan
Thursday, August 20, 2009
Dan Sebenarnya...???
Macam orang bersalin pulak! :)
Aku teruskan misi ke Shah Alam selepas bos aku (pagi-pagi bute dah telifon!), tanya pasal patent registration. Kira kantoi lah bangun lambat! Kikiki Anyway, semalam aku tak lena pun. R.I.S.A.U. Hanya Allah yang tahu.... '-_-'
Misi 01 - IC
But then by 10.30am aku pun gerak ke Shah Alam pegi amik IC baru dengan semangat waja sebab nanti nak pergi buat report! hihi Poyo kan? Memula nak keluar rumah, takut semacam. Dah lah aku ni memang Agoraphobia, http://en.wikipedia.org/wiki/Agoraphobia di tambah pula dengan apa yang dah terjadi, lagilah aku phobia!!
Takut-takut pun, akhirnya aku sampai juga ke Masalam yang glamer sejak akhir-akhir ni dengan Inkues Kes bunuh diri tu. Less than half hour, dah settle and dapat lah aku IC baru yang lebih comei! Kikiki kawai ne?
Then my next mission is to find a Police Station, thought bole buat report kat pondok Polis, rupanya tak boleh. Tak kisah lah, standard lah tu. Aku pun carilah as per direction kat Bandar Puteri belakang Hospital Colombia. Seb baik kat situ, dekat dan ample parking.
Misi 02 - Balai
Aku benci pergi tempat ni. Sejak dulu aku cuma fikir benda buruk-buruk je kalau kena pergi sini. Walau pun dulu aku ahli Kadet Polis dan berbangga serta seronok dengan tu semua, tapi tak bermakna aku berhubungan baik dengan tempat ni atau pun orang -orang yang bekerja di tempat ini!
Hehe gomenesai! Tak suka pun, kena minta tolong dengan korang juga lah...
Seperti biasa, satu lagi benda yang paling aku benci ialah buat report. Aku rasa stupid giler bercakap dengan officer yang amik report tu, yang selalunya muka dah tak ada perasaan!
YES, I understood that dalam satu hari tu entah baper banyak kes yang diorang kena dengar, tak ada kaitan pun dengan dia, kes-kes bodoh pun ada. Tapi for at least, please be sensitive and attentive.
I believe public tak akan pergi buat report for something that is teribly stupid or unnecassary. Hanya bila perlu, urgent etc Anyway malang tak berbau dan tak ada sesiapa pun minta ditimpa malang.
Anyway, I just can say. Kalau aku kat tempat diorang, mungkin ada yang dah kena halau. I think so..??
Misi 03 - Tempat perlindungan
Dah settle report, rasa lebih lega dan terjamin. Yelah, tu pun kerja diorang, menjamin keselamatan orang awam. Hihi Arigatto gozaimasu :)
On the way ke 'tempat perlindungan' (mana lagi kalau bukan umah abang aku kat Bangi), aku banyak berfikir lagi. Dan tiba-tiba perasaan sedih yang terasa tersangat sedih terasa... (berapa banyak 'rasa' daa...)
Sedih hati
Aku pernah rasa perasaan ni masa balik buat report IC hilang kat Sek 6, Shah Alam dulu. Sama. Perasaan sedih dan pilu sebab terpaksa bergantung kat orang lain, terpaksa minta tolong orang lain. Tak kuat, tak tabah, tak boleh selesaikan sendiri.
Anyway, ni kira dah meningkat sebab aku pergi balai sendiri. Cakap sendiri etc Maknanya aku dah boleh uruskan diri sendiri lebih baik dari dulu, masa tu abang aku kena datang dari Subang or KL nak hantar aku ke balai. Tulah, boifren tak de... :(
Cemana pun aku masih juga ber'sms' dengan diorang minta tolong, pandangan etc Entahlah, maybe aku ni terasa hebat sangat kot. Sampai tak mahu orang tengok aku lemah langsung! Agaknya lah..
Kesimpulan
Walau apa pun, semua dah ok. InsyaAllah kalau ada apa terjadi aku dah ada back up. Hopefully tak ada apa jadi lah..
Pada diri aku, Sandy.
Janganlah sedih atau susah hati. Tindakan yang aku ambil bukan bermakna aku tak ada peri kemanusiaan, tapi kerana aku tegakkan apa yang benar. Dan aku bukan sekali-kali tak mahu menolong, cuma aku sendiri kena fikirkan keselamatan dan kepentingan aku.
Mungkin aku rasa sedih, sebab terpaksa bergantung lagi pada orang lain. Masih buat orang risau walau pun usia dah besar ni. Relaks, hidup umpama roda. Kadang di atas kadang di bawah. Dan sebenarnya, inilah masa nak tahu siapa kawan atau saudara kamu!
Jaga diri baik-baik pasni, learn from mistakes. It's the best teacher!
P/S
Sebenarnya aku rasa aku tahu kenapa aku sedih. Tapi aku tak akan tulis di sini. Biarlah Yuna yang 'terangkan' semuanya :) jeng3x
Ohh bulan...
Enggan melayan diriku lagi...
Pabila... airmata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio
Seolah-olah memerli aku
Pabila...
Kau bersama yang lain
c/o Adakah perasaan benci ini sebenar-nya cinta...
Yang masih... bersemadi untukmu...
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga... merindui aku...
Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Ohh ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila... kau bersama yang lain
c/o
Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi...
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
c/o
Dan sebenarnya, dan sebenarnya,
Aku rindu...
Dan sebenarnya, dan sebenarnya,
Aku tak mampu...
Kertas Ujian Subjek: Ramadhan 2009
Puasa
InsyaAllah 21hb atau pun 22hb Ogos umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa. Sekali lagi InsyaAllah kita di beri kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran sebab bulan ramadhan pahala amalan akan digandakan.
Aku suka Ramadhan, sebab lepas tu raya! Hehe.. salah satu benda atau peristiwa yang sangat aku hargai sekarang, sejak akhir-akhir ni. Perjumpaan keluarga, terasa best sangat!
Walau pun kadang letih juga bila time masak-masak atau layan kerenah anak-anak buah yang tak reti dok diam, tak ada tempat nak tidur sebab masing-masing dah cop port untuk anak beranak; tapi aku rasa BAHAGIA. Deep inside me, I felt contended sebab masih berpeluang berkumpul. Berjumpa, bercerita, bertanya khabar, bergelak ketawa. Alhamdulillah :D
Walau pun kadang-kadang ada berita tak enak di dengar, tapi itu standard. Air laut pun ada pasang surut, inikan pula family. Normal, cuma kadang tu sedih juga. Sebab aku memang tak suka amik port sangat. Aku akan rasa sebal sebab banyak perkara, boleh diselesaikan kalau kita tak fikir kita je yang betul dalam dunia ni. Kalau kita fikir sedikit tentang orang lain. Tu sebabnya, aku selalu buat tak tahu je, cuma berdoa mudah-mudahan semuanya berjalan baik dan lancar.
Kenapa tajuk entry ni 'kertas ujian' Ramadhan? Sebab seingat aku sejak 2-3 Ramadhan yang lepas, sama ada sebelum atau pada Ramadhan, aku akan menghadapi ujian yang buat aku sama ada sedih atau sedikit berduka cita.
2007
Aku tak ingat tahun lepas (2008), tapi seingat aku Ramadhan 2007, laptop bos aku kena curi kat office. Akulah orang yang ada kat office masa tu. Baru-baru mula kerja, tak tahulah pula aku area SJ tu macam tu. Nak nangis rasa masa tu! Terasa bersalah sangat-sangat! Maklumlah baru masuk kerja! Sedih, takut, risau, macam-macam yang aku fikir...
Mujurlah bos aku baik hati, tak kisah. Sebab dia kata aku pun baru and tak tahu area tu macam tu. Cuma aku kesian kat dia sebab banyak dokumen dia yang berharga dalam tu. Ko tau je lah, laptop businessman mesti ada banyak menda dalam tu. Kesian! Dia pun tak risau laptop tu, tapi terkilan dokumen-dokumen tu hilang.
Tahun ni pula, baru je berlaku. Semalam..
Ujian Ramadhan 2009
Dalam pukul 9 lebih, aku tengah tengok 'Cupid' 8TV, tiba-tiba ada sorang pompuan ketuk pintu rumah aku. Nak tanya bilik, aku kata ada. Tapi aku nak pindah tak lama lagi, cuma tak tau bila. Then dia kata, oklah. Kalau aku pindah, dia continue rumah ni. Dia nak masuk, bincang.
Sebab dia datang dengan nangis-nangis, aku pun bagilah dia masuk.
Cerita dia; Dia kena halau malam semalam (Selasa, 18 Ogos 09). Sebabnya, dia kata tak bayar deposit. (??) Duit dah ada, cuma lambat. Tuan rumah tak terima, then halau dia. Yang best skali, dia ni dah kawin!
Aku buat muka pelik je sepanjang dia cerita, sebab aku was-was. Aku tak kenal dia ni. Dia kata dia selalu nampak aku, tapi aku tak perasan dia sebab aku jenis keluar rumah, gitu jek. Memang pun, sebab tiap kali aku keluar rumah, aku jarang nampak orang kat luar rumah diorang pun. And aku pun memang tak suka keluar rumah. So, aku tak kenal dia.
Dia kata orang sini semua kenal dia. Dia ni pun datang sebab ketua blok ni yang recomend. Katanya aku duduk sorang, so maybe aku boleh consider.
Memang aku duduk sorang. Memang ada 2 bilik kosong. Tapi aku lebih rela duduk dengan lipas dan cicak, dari duduk dengan laki orang yang aku tak kenal!
Aku memang berkeras kata tak boleh, tapi memandangkan dia sangat terdesak, malam pun dah lewat, diorang tak ada tempat tido, aku pun bagilah. Pas dia hantar barang-barang dia, dia keluar balik nak bincang dengan laki dia kat warung depan rumah aku ni. Aku sambil jahit-jahit manik, fikirlah.
Then aku pikir, mesti satu hari nanti entah alasan apa, aku akan terpaksa bagi suami dia bermalam kat rumah aku. Mana tau, hujan ke etc. Lagi pun, aku rasa something wrong dengan idea diorang nak sambung bayar kalau aku pindah. Silap-silap, aku yang kena tinggal kat luar, diorang buat rumah ni & harta dalamnya macam diorang punya.
So, aku hantar sms; aku boleh bagi tumpang sampai at least bulan 9. Diorang mesti cari rumah lain kalau nak duduk sama-sama suami-isteri. Aku boleh tahan 2 minggu je.
Lepas tu, dia sms aku balik. Katanya nak amik barang balik semula sebab aku dah cakap macam tu. Tapi sebelum tu, aku tanya dia malam tu nak tidur mana? Dia kata, tak tau. Aku suruh dia pikir dulu masak-masak baru lah angkat barang. Tingkat 4 bukan rendah!
Tapi dia kata, tak ada choice. Dia ada minta one last chance, kalau boleh malam esok kalau dah tak ada choice dia nak masuk rumah aku. Suami dia stay rumah kawan, macam yang aku suggest. Tapi aku kata, aku tak suka macam tu. Kalau nak, amik, sekarang. Kalau esok dia nak pindah balik, sorry. Aku memang tak suka orang yang tak confirm macam tu. Anyway aku cakap, tengoklah macam mana dia pnya plan esok.
So malam tadi, aku tunggu juga lah. Sebab dia kata dalam pukul 8 kalau dia nak angkat barang. Sampai pukul 7 lbh, dia senyap je. Aku sibuk main game sambil dengar lagu kuat-kuat. Sebenarnya aku pun malas fikir. Aku rasa diorang ni, more wrong than truth! Was-was je hati aku since dia first masuk.
So aku hantar msg kata aku dah discuss with my family, and diorang tak bagi. Bnyak perkara dan risiko yang aku kena tanggung, diorang pun jauh kalau ada apa hal. Lepas tu, dia balas dengan ugutan "jangan salahkan dia, kalau apa-apa berlaku"
Menyirap darah aku kejap, panas telinga aku!
MasyaAllah, aku susah-susah fikir untuk dia semalam, siap nak bagi dia tumpang walaupun aku tak kenal dia, tanpa sepatah pun perkataan deposit keluar dari mulut aku; hari ni sangat lancang mulut dia cakap macam tu. Seolah-olah semalam aku yang merayu-rayu jual air mata nak TUMPANG bilik!!
Sakit giler hati aku!
Kalau ikutkan tak habis sms tu, tapi aku rasa baik aku diam je. Orang macam ni, sama macam Mrs XXXXXXXXXX! Perang sms! So lepas bertenang sekejap, aku compose ayat paling 'baik' dan hantar. Aku pun tak nak gaduh.
Memang niat aku nak tolong. Bukan aku kata tak boleh langsung! Aku cuma tak nak rasa tak selesa, tak selamat, dalam rumah aku sendiri! Anyhow, nak tolong pun kena ada caranya. Bukan nak bagi orang senang, aku pun susahkan diri!
Selepas sms tu, aku fikir-fikir lagi, aku sms pada ramai-ramai. Adik aku, abang aku, kawan aku Huda and Hafiz. Diorang pun kata, sms tu boleh report polis as sms ugutan. And aku memang tak teragak-agak nak pergi report kat balai esok.
Sedih hati
Sampai satu tahap, aku terasa sangat sedih! Sampai aku termenangis mengenang nasib diri..
Nak kata aku jahat, kacau orang, koridor diorang pun kau tak lalu. Nak kata aku sakit kan hati diorang, bila masa aku cakap dengan diorang? Aku duduk diam-diam pun orang nak kacau! Sakit, sedih, pelik, bengang!
Lagi satu, dah lah tak tau di untung aku nak tolong. Diorang ni langsung tak tahu hukum ker? Jahil sungguh!
Tension
Walau macam mana pun, aku dah tanya pendapat diorang. Memang aku tak perlu layan atau terima orang macam tu. Especially married couple since I don't know them at all. Diorang memang boleh kata semua orang sini kenal atau percaya dia, tapi aku tak kenal dia dan tak percaya dia. Diorang memang ada surat nikah, tapi diorang, bukan aku! Dan dinding rumah ini tak boleh menjadi saksi kalau ada apa-apa yang terjadi! Masa tu, nasi dah jadi bubur. Tak guna menyesal. Lebih baik aku bertindak sekarang.
Banyak yang aku sesalkan. Sesal sebab aku buang masa dengar dia jual cerita dan air mata, sesal sebab masih nak tolong orang macam tu yang tak tau berterima kasih, (seingat aku, dia tak ada ucap terima kasih walau sepatah pun dari semalam!), sesal sebab walau pun aku dok diam-diam tetap ada orang dengki, sesal sebab aku mungkin tertipu semalam!
Alhamdulillah, mujurlah Allah masih lindungi aku. Sebab sebenarnya, diorang dah ada option yang kuat bila aku bagi diorang pindah masuk malam tadi. Mujurlah penipu pun berakal singkat!
Kesimpulan pahit
Maka lepas ni (kalau aku masih di sini lama lagi lah!), jangan mimpi aku nak bagi orang sewa bilik! Kau terdesak macam mana pun, single, janda etc SORRY.
Aku memang mungkin patut duduk dalam hutan sebab aku tak pandai bermasyarakat. Tapi sekurang-kurangnya aku sudi menolong berbanding orang yang 'sangat tahu bermasyarakat' tapi tak mahu menolong dan lebih mengharukan, AKU yang layaknya duduk di hutan mampu bayar deposit dan sewa rumah sedangkan orang yang layak duduk di bandar kena halau dan memaksa aku menyewakan bilik untuk diorang!?
Subhanallah, ujian Mu di awal Ramadhan
KERTAS SOALAN INI TAMAT
Wednesday, August 12, 2009
B.E.N.C.I.N.T.A
Dah lama aku tak menulis. Bukan sibuk sangat pun, cuma tak ada idea apa yang nak ditulis. "Sakitnya aku Faizal Tahir - Bencinta
Hari ni Huda call aku, sejak semalam kitorang YM sebab dah lama tak communicate pun sejak aku 'tak ada office' ni. Aku online tapi masanya, bila diorang semua dah tak online lagi! :)
Banyaklah juga yang kitorang berborak antaranya kenapa aku tak ada akaun friendster, kenapa tak update facebook etc Aku dah kata, aku memang malas nak update mende tu sume. Aku rasa tak banyak yang aku nak share dan aku tetap rasa kebanyakkan yang aku lalui hari-hari adalah privacy aku. Lagi pun aku tak lah open sangat.
Tapi kebanyakkan alasan sebenarnya bersebab daripada phobia aku atas apa yang pernah terjadi bersama mereka. Bukanlah salah mereka, tapi takdir yang menyedihkan atas sejarah hidupku. Setiap dari mereka seolah berpotensi menjadi pemangkin kepada ingatan pedih yang aku cuba lupakan, walau pun ia tetap aku ingati!
Itu sebabnya aku cuba jauhkan diri dari mereka!
Aku takut, kalau-kalau bersama mereka aku akan terlihat bayang-bayangnya!
Kisah lama
Dulu aku rasa ketakutan ini telah tamat. Bila aku akhirnya berani menjejak kisah silamnya dan keluarganya yang ditinggalkan. Aku berdepan dengan ketakutanku hingga rempeyek yang tak pernah jadi kuih kesukaanku pun aku kunyah bagaikan ia terlalu sedap!
Sedang sebenarnya aku sedang menyembunyikan pergolakkan perasaan dari terlihat di sepasang mata tua ibunya. Aku cuba yakinkan ibu itu, tiada kuasa manusia yang mampu mengatasi apa yang telah terjadi. Sedangkan aku sendiri terasa begitu ingin terjelepok! Meratapi kisah yang tak ingin hilang dari ingatan!
Sangkaku aku sudah berjaya mengatasinya dan akan hidup normal. Tapi rupanya, luka itu masih sesekali terasa sangat pedih! Masih berdarah jika sesekali terusik!
Aku jadi muak dengannya tapi tak mampu sekali pun menolak ia pergi jauh, sekurang-kurangnya sejauh mana dia telah pergi dari hidup ku!
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu"