Thursday, August 20, 2009

Dan Sebenarnya...???

Alhamdulillah, hari ni despite ape yang berlaku semalam, aku dapati tak ada apa-apa yang buruk atau tak dikehendaki berlaku. Aku, rumah dan keta "mini cooper" kesayangan bernama Kylie; semua dalam keadaan selamat. Amin. :D

Macam orang bersalin pulak! :)

Aku teruskan misi ke Shah Alam selepas bos aku (pagi-pagi bute dah telifon!), tanya pasal patent registration. Kira kantoi lah bangun lambat! Kikiki Anyway, semalam aku tak lena pun. R.I.S.A.U. Hanya Allah yang tahu.... '-_-'

Misi 01 - IC

But then by 10.30am aku pun gerak ke Shah Alam pegi amik IC baru dengan semangat waja sebab nanti nak pergi buat report! hihi Poyo kan? Memula nak keluar rumah, takut semacam. Dah lah aku ni memang Agoraphobia, http://en.wikipedia.org/wiki/Agoraphobia di tambah pula dengan apa yang dah terjadi, lagilah aku phobia!!

Takut-takut pun, akhirnya aku sampai juga ke Masalam yang glamer sejak akhir-akhir ni dengan Inkues Kes bunuh diri tu. Less than half hour, dah settle and dapat lah aku IC baru yang lebih comei! Kikiki kawai ne?

Then my next mission is to find a Police Station, thought bole buat report kat pondok Polis, rupanya tak boleh. Tak kisah lah, standard lah tu. Aku pun carilah as per direction kat Bandar Puteri belakang Hospital Colombia. Seb baik kat situ, dekat dan ample parking.

Misi 02 - Balai

Aku benci pergi tempat ni. Sejak dulu aku cuma fikir benda buruk-buruk je kalau kena pergi sini. Walau pun dulu aku ahli Kadet Polis dan berbangga serta seronok dengan tu semua, tapi tak bermakna aku berhubungan baik dengan tempat ni atau pun orang -orang yang bekerja di tempat ini!

Hehe gomenesai! Tak suka pun, kena minta tolong dengan korang juga lah...

Seperti biasa, satu lagi benda yang paling aku benci ialah buat report. Aku rasa stupid giler bercakap dengan officer yang amik report tu, yang selalunya muka dah tak ada perasaan!

YES, I understood that dalam satu hari tu entah baper banyak kes yang diorang kena dengar, tak ada kaitan pun dengan dia, kes-kes bodoh pun ada. Tapi for at least, please be sensitive and attentive.

I believe public tak akan pergi buat report for something that is teribly stupid or unnecassary. Hanya bila perlu, urgent etc Anyway malang tak berbau dan tak ada sesiapa pun minta ditimpa malang.

Anyway, I just can say. Kalau aku kat tempat diorang, mungkin ada yang dah kena halau. I think so..??

Misi 03 - Tempat perlindungan

Dah settle report, rasa lebih lega dan terjamin. Yelah, tu pun kerja diorang, menjamin keselamatan orang awam. Hihi Arigatto gozaimasu :)

On the way ke 'tempat perlindungan' (mana lagi kalau bukan umah abang aku kat Bangi), aku banyak berfikir lagi. Dan tiba-tiba perasaan sedih yang terasa tersangat sedih terasa... (berapa banyak 'rasa' daa...)

Sedih hati

Aku pernah rasa perasaan ni masa balik buat report IC hilang kat Sek 6, Shah Alam dulu. Sama. Perasaan sedih dan pilu sebab terpaksa bergantung kat orang lain, terpaksa minta tolong orang lain. Tak kuat, tak tabah, tak boleh selesaikan sendiri.

Anyway, ni kira dah meningkat sebab aku pergi balai sendiri. Cakap sendiri etc Maknanya aku dah boleh uruskan diri sendiri lebih baik dari dulu, masa tu abang aku kena datang dari Subang or KL nak hantar aku ke balai. Tulah, boifren tak de... :(

Cemana pun aku masih juga ber'sms' dengan diorang minta tolong, pandangan etc Entahlah, maybe aku ni terasa hebat sangat kot. Sampai tak mahu orang tengok aku lemah langsung! Agaknya lah..

Kesimpulan

Walau apa pun, semua dah ok. InsyaAllah kalau ada apa terjadi aku dah ada back up. Hopefully tak ada apa jadi lah..

Pada diri aku, Sandy.
Janganlah sedih atau susah hati. Tindakan yang aku ambil bukan bermakna aku tak ada peri kemanusiaan, tapi kerana aku tegakkan apa yang benar. Dan aku bukan sekali-kali tak mahu menolong, cuma aku sendiri kena fikirkan keselamatan dan kepentingan aku.

Mungkin aku rasa sedih, sebab terpaksa bergantung lagi pada orang lain. Masih buat orang risau walau pun usia dah besar ni. Relaks, hidup umpama roda. Kadang di atas kadang di bawah. Dan sebenarnya, inilah masa nak tahu siapa kawan atau saudara kamu!

Jaga diri baik-baik pasni, learn from mistakes. It's the best teacher!

P/S

Sebenarnya aku rasa aku tahu kenapa aku sedih. Tapi aku tak akan tulis di sini. Biarlah Yuna yang 'terangkan' semuanya :) jeng3x

Ohh bulan...
Enggan melayan diriku lagi...
Pabila... airmata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio
Seolah-olah memerli aku
Pabila...
Kau bersama yang lain

c/o Adakah perasaan benci ini sebenar-nya cinta...
Yang masih... bersemadi untukmu...
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga... merindui aku...


Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Ohh ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila... kau bersama yang lain

c/o

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi...
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

c/o

Dan sebenarnya, dan sebenarnya,
Aku rindu...
Dan sebenarnya, dan sebenarnya,
Aku tak mampu...

0 comments:


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes