Saturday, August 22, 2009

Ramadhan 2009

Alhamdulillah! Sampai juga aku ke ramadhan tahun ni. Mudah2an lebih baik dari Ramadhan tahun-tahun sudah..

Sayu

Bila tiba Ramadhan, sejak dua-tiga tahun ni, ada perasaan sayu akan melanda hati. Marghrib 1 Ramadhan dan 1 Syawal, selalunya perasaan ini akan muncul. Aku tak tahu lah kenapa. Mungkinkah waktu ku sudah di hujung 'senja'...

Macam orang lain, terasa indahnya bila tahun ni dapat sambut Ramadhan. Sampai juga aku ke sini, sedang banyak juga orang lain yang tak sempat sampai dan ada juga yang tak endahkan langsung! Alhamdulillah, moga aku boleh manfaatkannya dengan baik dan sesempurna yang mampu.

Tapi tahun ni terasa ada kekurangan berbanding tahun lepas. Tahun lepas aku dah awal-awal standby 'azam baru' nak khatam Quran. Alhamdulliah aku khatam dalam masa sebulan (kali pertama!), tahun lepas dan juga untuk kali ke-3 keseluruhannya. Hehehe Taklah aku rasa diri ni teruk sangat...

Tapi tahun ni, aku tak begitu berazam untuk apa-apa. Mungkin sebab 'ujian' awal Ramadhan tentang rumah aku hari tu, menyebabkan aku terpaksa spend banyak masa aku kat rumah abang aku (atas sebab-sebab keselamatan). So aku memang tak ada hati sangat untuk jadi 'baik' bila kat rumah orang agaknya..

Tapi terasa sedih juga sebenarnya. Sedih sebab menumpang kat rumah orang sedangkan aku ada rumah. Juga sedih sebab aku tak begitu bersemangat untuk menggunakan masa Ramadhan yang ada ni untuk kebaikkan diri sendiri di masa depan!

Moga-moga aku pulih balik menjelang Ramadhan ke-dua. InsyaAllah malam ni aku nak balik D1 sekejap, amik barang-barang peribadi yang boleh membantu aku get to the right direction.

Keajaiban Ramadhan

Bila Ramadhan tiba, kalau kita perasan, langit dan persekitaran akan berubah warna. (Ke aku jek yang perasan? hehe). Selain rasa kesayuan yang tiada penjelasan, ada juga perasaan lain.

Bagi aku la, selalunya bila Ramadhan tiba, bukan hanya pintu syurga yang terbuka, tapi juga pintu hati aku! Hehehe terbuka untuk apa, tu aku tak boleh tuliskan di sini. :)

Aku pun masih tak tahu perkara sebenarnya. Cuma bila ia berlaku, hati ku turut merasa sesuatu yang indah. Entahlah, anggaplah saja ia kurniaan Allah untuk ku. Meminjamkan sedikit rasa indahNya untuk aku merasai nikmat dunia...

Alhamdulliah, terima kasih Tuhan!

Hanya kalau ia memang takdir untuk ku, lorongkanlah aku ke sana. Mudah-mudahan yang baik itu terus menjadi pemangkin ke arah aku yang lebih baik. Di sini dan di sana. Amin.

Selamat Berpuasa!

Akhir kata, buat semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, guru dan lecturer, sesiapa pun yang mengenali diri aku ni; aku ucapkan

Selamat Berpuasa! Moga ditabahkan segala dugaan. Mari tingkatkan amalan. Moga beroleh keampunan dan kejayaan di akhir Ramadhan! Amin.
Good Luck ujian tahunan :)

0 comments:


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes