Sunday, August 30, 2009

Diary Ramadhan 1 '09

Macam yang aku tulis sebelum ni, ramadhan tahun ni terasa lain dari biasa. Bukan je dalam diri aku, tapi juga dalam family aku.

Terasa macam masing-masing dapat ujian serentak pula, dalam bulan mulia ni. Macam-macam hal dan kerenah. Tapi macam biasa, pada aku, semua bermula sebab masing-masing rasa diri sendiri je betul. Susah kalau dah ada 'kepala besar' ni, nak pergi hospital buat pembedahan pun bukan doktor boleh buat..!

Aku kat rumah parents aku sekarang. Tak ada job lagi buat masa ni. Bagus juga sebab aku boleh 'berehat' dan spent bulan puasa ni dengan my parents. Something yang dah tak berpeluang buat after I turn 13, tak lama dulu.

Tak banyak yang aku buat pun, aktiviti aku sendiri; baca buku dan buku lagi dan lagi..dengar radio lagu klasik! Aku pun dah terikut menyanyi lagu dolu-dolu sekarang ni! He2

One more thing, naik pening aku dengar kerenah 5-6 orang anak buah aku ni. Diorang spent bulan posa kat sini, aku kan dah lama tak ada adik-adik yang kecik-kecik dan macam-macam. Serabut jek aku rasa... :X

Haha cuba fikir bapak aku yang memang kepala serabut dengan kerenah budak-budak sejak dulu lagi..? Aduh, berkurung je lah dia dalam bilik sekarang! Sound-proof?? :D

Mak aku pula kena praktik balik kemahiran meleter yang dah lama graduated. He2 Mak aku bukan suka bebel pun masa kitorang kcik dulu, time ada cucu ni jek dia 'terpaksa' amik short-course sbb cucu-cucu yang... ...

Hal anak buah sulung aku yang sakit, mungkin penyebab utama parents aku pun tak berapa terasa nak raya. Tiap kali buka posa, terkenang orang itu, orang ini. Adik aku yang praktikal kat Sarawak and tak balik raya pun diramal sebagai antara sebab tahun ni kureng..

Disamping tu masalah rumah tangga anak-anak pun turut memainkan message sedih, yang umpama cubit paha kanan paha kiri terasa. Semua nak salahkan family kitorang, macam lah kturunan depa mulia amat! Masa berchenta, gunung kudaki, laut kurenangi. Dah kawin, anak 5-6 orang, sorang daki gunung ledang, sorang gunung daik! Satu laut merah, satu laut hindi! Entahlah...

Teringat aku drama awal ramadhan hari tu, 'Bukan Bidadari'. Nak isteri best, tapi suami hampeh. Macam mana? Kalau pun sabar, sabar kan ada batasnya. Kat mana betulnya kalau matlamat untuk 2 orang, pelaksana cuma seorang? Macam mana, kalau suami yang patut jadi pemimpin, pelindung dan ketua, tak tahu pun tanggungjawabnya? Nak masuk gaung ramai2?

Sesungguhnya tiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Untung juga aku sebab dapat 'pelajaran' dari semua ni. Tapi, 'maklumat' ni, bukan semua menguntungkan aku. More or less aku pun naik risau fikir, maklumlah che ni pun tengah mencari! Nak cari yang macam manalah yang bole satisfy syarat2 dari seorang perfectionist mcm aku nh?

''Kejarlah akhirat, nescaya dunia dan akhirat milik mu''

0 comments:


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes