Wednesday, November 18, 2009

Two side of a story

Hari ni aku nak 'membebel' pasal satu perkara benar yang terjadi. (Ini bukan cobaan, ini betul-betul! ~Filem: Bujang Lapok)

Mulanya aku tak nak menuliskannya di sini sebab aku rasa ia macam-bagus-je untuk dibaca. Tapi memikirkan ia bagus sebagai peringatan untuk diri aku sendiri, maka aku tulislah juga.

Kisahnya begini...

Semalam aku pergi PJ amik surat perlantikan appointing letter kata omputehnya, selain tu amik beberapa surat dan form lain. Aku tak tahulah kalau ini praktis biasa, tapi company ni nak aku buat medical check up kat panel clinic, which i don't know to what degree it was necessary? Memanglah cost tu diorang akan reimbursed balik, tapi aku jadi pelik sikit. Selain tu aku juga kena buka account dengan EON bank since bank lain diorang tak TT.

Anyway aku tak kisah sangat pun, buat je lah. Tak menyebabkan sebarang kecederaan pun kalau aku buat...Apalah sangat kan? Lain company, lainlah procedurenya.

Balik dari situ aku terasa sedih dan pilu. Mungkin apa yang tertulis di surat perlantikan tu tak begitu menggembirakan? Nilai terlalu rendah? Demand terlalu tinggi? Expectation? Lekeh? Semua tu bermain di fikiran aku sepanjang perjalanan dari PJ ke Bangi. Dalam keributan kereta-kereta yang balik dari tempat kerja masing-masing, dalam kedinginan air cond ditambah basahnya jalan raya dek hujan dari jam 4 petang tadi, aku sendiri bergelut dengan soalan tentang kepercayaan diri!

Sejak akhir-akhir ni aku menghadapi masalah kelembapan otak untuk berfikir dan bertindak. Mungkin juga disebabkan kekurangan nutrient dalam makanan yang kebanyakkannya (hampir 90%!) berunsur 'segera' atau bahasa lebih 'bersopan', menjimatkan kos. Harga yang perlu aku bayar untuk memastikan aku terus bergerak dan tak bersenang lenang, juga supaya aku sedar hidup tak mudah sebenarnya!

(Pengajaran dari pengalaman; adalah guru terbaik!)

Dalam kelembapan otak yang tinggi itu aku masih boleh menangkap makna 'pengalaman' dan 'pengajaran'. Syukur pada Tuhan, pemilik dunia dan segala isinya!

Tak dinafikan aku sedih sebab impian indah dulu tak jadi kenyataan. Impian yang too-good-to-be-true tu 'terpaksa' aku overite dalam hard disk minda aku supaya aku boleh run. Rupanya ia virus yang menyebabkan seluruh system aku rosak! Tergendala, salah faham, tak tau diri bla bla bla

Sekarang aku berdepan realiti yang tak indah. Tentulah susah! Macam halusinasi, tapi benar. Dari offer 6k sebulan, jadi 1.8k sebulan? Dari Company Director, jadi Admin Assistant?

Realiti memang pahit!!

Krisis diri menjadi tinggi dan kebarangkalian untuk jadi pemberontak sangatlah tinggi. Ia menjadikan aku berotak kosong seketika, bagaikan bayi yang sedang cuba belajar memahami perkataan orang di sekelilingnya.

Semuanya terpaksa bermula sekali lagi!

Diri yang mana tak jadi bengong?

I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

c/o But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

c/o

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa


Basically lagu ni menerangkan segalanya yang aku rasa. Aku tambah sedih bila mendengarnya malam tadi. Tapi juga aku rasa makin kuat untuk langkah seterusnya. Aku tahu, aku kena kalah sekali sekala.

Sebatang pensil mesti mengalami kesakitan kerana pemiliknya akan selalu mengasahnya untuk menulis. Tapi pengorbanan pensil itu membawa perubahan pada dunia melalui tulisan penulisnya!

Apa yang penting (kerjasama) adalah aku mesti teruskan kepercayaan yang memang telah ada dalam diri, bahawa aku boleh berjaya. Mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya dan hidup. Tak henti berusaha.

Bukan apa ujian tu soalnya, tapi apa erti ujian tu sebenarnya!

Ya Allah, Mudah-mudahan aku dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan beroleh kejayaan yang aku idam-idamkan! Dan moga ini semua jadi pengajaran paling berguna untuk aku mencorak masa depan. Amin.

Sunday, November 8, 2009

Marahlah saya, cikgu!

Aku nak membebel lagi hari ni! Banyak perkara nak di bebelkan nih! hahaha

Satu; pagi-pagi lagi aku dah terasa sedih sampai menangis! Ops bukan sebab potong bawang buat sarapan nasi lemak e, tapi sebab dengar lagu OST Beethoven Virus 'Last Concert'.

Aku sibuk sangat tengok drama tu yang dah habis pun last Friday, tapi 'virus'nya masih juga tak kebah-kebah malah bertambah-tambah pula! :D Tak habis-habislah aku mengexplore internet untuk mp3 atau pun youtube en Kim atau pun wataknya dalam citer tu Maestro Kang.

Satu fakta menarik yang aku jumpa, selain dia ni sangat obses dengan watak yang dia bawa (ala-ala Johnny Deep r..), masa awal-awal dulu ada skrip writer kata dia tak cukup handsome untuk jadi Hero! kuikuikui kesian en Kim ni! Tak dapek den nak nolong! Tapi betullah kata orang, Beauty lies in the eyes of the beholder.

Aku rasa dia hensem jek. Ada satu picture dari filem/drama White Tower (dia jadi doktor dalam citer ni), yang sangat berbeza dengan muka en Kang. Look younger and handsomer! (Ada ke words ni??) but always; smirky!!

Bila aku start tengok citer ni aku teringat pula kat office lama aku dulu ada sorang bos Jepun yang aku pun dah lupa nama dia, muka macam en Kim. Beberapa hari jugalah aku dok teringat muka bos tu! haha jangan marah. Mak saya kata kalau nak tau muka suami kita nanti, tengoklah muka orang yang kita suka nak tengok, walau pun kita tak tahu kenapa! (haha macam penah dengar jek nih! kiki)

Oh lupa nak cerita kenapa aku sedih tadi..

Sebab bila aku dengar je lagu tu aku terasa sangat sayu. Sebab aku tahu hari Isnin 8.30pm esok, aku dah tak leh tengok en Kim lagi! Tak leh dengar classic music yang best secara free lagi! haha Lebih sedih kehilangan rasa teruja nak tengok en Kang, kalau tak 8.30pm je aku lari-lari nak tengok citer tu!

Aku rasa semua orang tak suka hari last, atau pun perkara yang kita tahu tu adalah yag terakhir kita buat. Contoh lanjut macam hari last keje situ, hari last semester tu sebelum masing-masing grad dan bawa haluan sendiri. Macam tulah..

Aku benci hari last! Sedih! Selalu rasa macam baru jek mula jumpa, tapi dah kena berpisah. Then selalu rasa ada perkara yang aku tak selesaikan! Selalu. Jadi aku tak suka hari last!

Dulu aku ada cikgu yang mengajar bahasa melayu kelas aku, hari last dia kat sekolah tu sebelum pindah sekolah, dia balik senyap-senyap sebab tak nak sedih jumpa kitorang! Tapi tak pe, aku faham apa dia rasa...

Selain dari tu ada juga sebab-sebab lain kenapa aku rasa sedih sangat lagu tu. Sebab aku tak pergi kelas hari ni! Hari ni kena hantar assignment, tapi aku tak pergi. By the way assignment aku tak siap lagi pun!!

Aku tak tau haperlah nak jadi dengan aku ni. Kadang-kadang aku memang suka buat sesuatu yang off-limit, supaya lepas tu aku jadi normal balik. Entahlah boleh jadi normal ke tidak? Kalau tak macam mana???

Ni lah aku teringin juga nak ada cikgu 'garang' macam en Kang nih!!! hihihi >_<

Friday, November 6, 2009

Aku dan diri ku, dan er...en Kim (hihihi)

Dah lama gila aku tak menulis ek? Teka, sekarang aku tengah dengar lagu apa? Aku dengar lagu Beethoven!!! Symphony no 5.

Macam tak percaya, tapi aku dah terpengaruh dengan "Beethoven Virus" drama Korea oleh en Kim Myung Min. Sejak tu aku pun suka atau bertambah suka dengan music classic. Actually aku memang dah lama suka classic music, orchestra, violin tapi biasa je lah. After tengok drama ni kat 8tv (last episode malam ni!), aku dh makin kemaruk la pula!!

Aku sekarang ada kat rumah baru. Mahkota 25, kat Bangi-Kajang area. Tak tahulah berapa lama aku akan stay sini, tapi inilah tempatnya at the moment. D1 dah pun aku tinggalkan minggu lepas, dengan sedikit perasaan sedih dan hiba.

"Separuh jiwaku pergi, Memang indah semua, Tapi berakhir luka"

However enaugh with that. Aku nak mulakan cerita baru, cerita yang lebih gembira dan bermakna. Tapi at the moment, aku masih belum mampu mengubah apa-apa!

Aku try untuk focus on my assignment (this sunday), midterm (next Sunday)pastu baru nak mula lain-lain? Aku tak tahu kalau ia mungkin terlambat, tapi aku memang ada masalah untuk memulakan sesuatu sekarang. Aku macam dah phobia atau pun aku dah jadi malas aka give up?

Percaya tak yang aku rindu nak jadi busy macam orang lain yang busy sampai makan atau tidur pun tak sempat??? Pelik kan? Aku rasa dengan tu akan lebih pandai menghargai masa yang aku ada. Orang sekeliling yang aku sayang etc

Apa aku mengarut ni? Aku tak mengarut, dari dulu lagi aku memang bercita-ita nak jadi macam tu. Bangun tido kat KL, makan tengah hari kat Brunei, minum petang dah sampai tempat lain, tido kat Tokyo. Esok tengah hari fly balik KL etc! Giler hectic!! Tapi aku rasa best pula. Bila dapat cuti, aku tido puas-puas atau makan puas-puas atau jalan-jalan puas-puas, sebelum mulakan semua busy sekali lagi!!

Tu sebabnya aku sambung study, so that weekend aku terisi. Malang sikit sebab weekend aku terisi every two week je! Bukan every week macam yang aku harap. Entahlah mungkin aku dah gila kerja sangat kot! KECUALI ketika essay ini aku tulis, aku dah tak bekerja secara rasmi di pejabat sejak May! Irony!!!

Aku rindu semua ke'busy'an bekerja, 'perlumbaan tikus' yang sekali sekala bosan juga especially bila terperangkap dalam jem lah, lain-lain aku ok je! Aku rindu pada responsibility yang aku perlu selesaikan dan dulukan lebih dari kepentingan diri sendiri, sebab kesedaran bahawa aku di bayar gaji oleh majikan. Aku rindu kesibukkan yang memeningkan, menuntut kesabaran dan rasa tak puas hati yang tak boleh diluahkan kat pejabat, melainkan menghambur kat orang lain di luar pejabat! hahaha

Oh tiiiiidaaaaaaaakkk!!! Hakikatnya aku masih lepak kat rumah! :(

Aku sedang berangan-angan?? Tak tahulah, mungkin ini masa aku berehat sambil diuji untuk memberi aku kesedaran, betul ke aku ni seorang yang bercita-cita tinggi? Adakah orang yang bercita-cita setinggi gunung, berhenti mendaki di pertengahan gunung sebab sedikit hujan yang menimpanya? Mampukah sedikit selsema menahan keinginan seorang pendaki mencecah dan menawan puncak gunung impiannya?

Lu pikir lah sendiri!! Kata Nabil. Kata aku???

Kata aku; Eh sudahlah San! Get your lazy butt off the cosy sofa and find job! Jadi operator pengeluaran pun boleh! Hahaha

Boleh ke? Aku penah buat keje call center early October, for about a week je sebab aku tak tahan buat kerja menial!

Funny? Tak, aku pun macam tak percaya! Tapi memang aku rasa tak boleh bertahan atau bersabar kat area tu. Aku boleh bekerja dengan jujur dan baik, tapi sila beri aku kebebasan untuk mengembangkan idea aku atau pun sedikit sebanyak sila dengar aku! Mungkin dah biasa masa kat tempat kerj lama. Aku bukan ROBOT!

Aku membebel jek dari pagi sejak buka mata sampailah sekarang dah dekat pukul 11! Actually aku plan nak buat assignment, tapi aku dah pening sejak tadi lagi. Maybe sebab lighting kat rumah aku ni tak cukup. Maklumlah tutup je tingkap ni dengan langsuir ops langsir. Dah lah dok sorang aku ni, cakap lagi yang bukan-bukan! Minta simpang, mintak simpang!

Nak singkap langsir tu nanti orang kat luar yang lalu lalang boleh nampak aku dengan jelas. Actually ni kelemahan rumah ni. Dah lah aku memang suka nature dan pemandangan, sekali tak boleh buka tingkap sebab terlalu dekat dengan jalan. Rumah murah, nak ada privacy beli r banglo! hihi

Tapi tak apalah, insyaAllah ada duit lebih sikit nanti aku cadang nak beli langsir yang jarang tu. Bukan yang tebal so that ada cahaya (natural light) dan boleh nampak pemandangan luar tanpa orang luar sedar yang aku sedang tengok diorang lalu! hihi

Mahkota 25 ni rumah orang kaya-kaya since siang-siang pun kena buka lampu dalam rumah! Perghhhh...kaya lah nak bayar bil letrek nanti!

Oi bila lah nak mula buat assignment ni!!!???

Oklah, penat dah membebel yang bukan-bukan. Walau pun aku nak cerita sal kekaguman aku kat en Kim Myung Min, aku ada benda lain nak kena buat pula. Tak pelah anyway aku paste gambar en Kim aka Maestro Kang Gun Woo sebagai inspirasiku!!! Muahahahahahaha

Tuesday, September 8, 2009

Diary Ramadhan 03 '09

Melepasi 14 hari puasa, untuk kesekian kalinya, syahdu lagi hati mendengar lagu raya yang dah mula berkumandang di radio.

Sejujurnya aku suka, tapi jauh di sudut hati juga ada benci. Benci sebab raya aku tak seindah bait-bait dalam lagu!

Raya aku hanya satu hari lain dari 360 hari yang lain, sebab hari tu lepas mandi sunat aidilfitri pagi tu, terus pakai baju raya full one day. Ada ritual salam-salam yang confirm mengalir air mata. Lepas tu sesi photography.

Tak lah teruk sangat sebenarnya. Tak lah lekeh sangat, sebab aku masih beraya di antara parents, abg, kakak, adik dan anak2 buah. Maknanya aku tak sendirian. Tak dihalang untuk bergembira atau ada masalah kemampuan merayakan 'hari mulia' tu.

Tapi hakikatnya hati aku merasa kosong. Terasa ada yang kurang. Tak sempurna. Tak lengkap. Masih ada ruang kosong dalam hati yang aku tak tahu apa? Macam ada yang tertinggal. Tapi apa?

Saat takbir bergema, hati pun tersentuh. Tertanya2 ketemu lagikah ramadhan depan? Sempurna ke ramadhan ini? Rasa rugi sebab tak isi sebaik mungkin, dan tak pasti adakah lagi peluang seterusnya? Juga adakah ampunan dari tuhanku di akhir Ramadhan ini buatku?

Mungkin indah jika hati tak kosong begini. Mungkin indah jika terisi.

Salah satu perkara yang masih aku tercari-cari dan ternanti-nanti tentangnya dalam seluruh hidup aku...

Onegaishimas!

Friday, September 4, 2009

Diary Ramadhan 2 '09

Fuh! Dalam banyak hari, malam tadi adalah kali pertama yang kebetulannya dalam bulan Ramadhan, aku kena sengat LIPAN!

Binatang berkaki banyak yang merah berbelang hitam tu!

Berani dia gigit aku, bukan satu tempat, tapi empat tempat, tau!

Sebenarnya sakit jugalah, tapi tak lah macam luka terkoyak berdarah tu. Cuma rasa panas dan berdenyut tempat yang disengat tu. Then rasa kebas sikit. Pedih, pijar, panas, bisa lah. Tapi Alhamdulillah tak membawa maut etc

Mujur juga lah lipan kecik. Kalau yang besar, mesti aku dah jerit-jerit tengah malam semalam! Bukan sebab sakit je, tapi ngeri, takut dan geli!!

Arghhh..

Mujur juga malam tadi aku tidur tanpa gangguan mimpi berkaitan menatang tu. Kalau tak, mesti aku tambah fobia punyalah!

Anyway best gak, seusia hidup, ini mungkin pertama dan terakhir kali. Sebab aku tak kan lagi baring-baring tengok tv tengah malam, dalam gelap!

Owh hari ni puasa ke 14. Kira dah halfway lah ni. Lagi setengah bulan, raya. Tinggallah Ramadhan, datanglah Syawal.

Syahdunya!

Raya tahun ni, tinggal aku sowang single. Adik bongsu aku tak balik, praktikal kat Sarawak. Seminggu pas raya baru balik sini. Hai mesti tipah terasa-rasa ingin berteman pagi raya nanti!

Talking about raya, tahun ni duit raya mungkin sikit je. Tak dapat bonus macam tahun lepas! Tak apalah, sikit pun jadilah. Setahun sekali kongsi untung!

Aku suka part ni, bukan je sebab aku seronok masukkan duit dalam sampul duit, tapi lebih best sebab duit aku sendiri. Dulu tumpang gembira masukkan duit orang je!

Seminggu sebelum raya is my birthday! Halamak semalam dah survey yahoo, Segar-amat ni tak ada Secret Recipe pula! Kenala tipah import kek dari negeri jiran or travel to Muar kalau nak beli kek SR.

Anyway mungkin minggu tu aku kena balik D1, nak bayar yuran dan amik module. So mungkin travel balik 17 with cakes, on 16 distribute cake kat sana. Saja, sekali sekala. :)

Seperti undian tahun lepas, aku ingin fruits cake. Kalau hiasan tu pun fruity lagi bgus! Tapi belum conform lagi kek ape? Manggo delight? Peach health cake? Black forest? White choc macadamia?

Ah pening..pening..

Most awaited event: tak sabar nak pasang pelita raya! :D

Sunday, August 30, 2009

Diary Ramadhan 1 '09

Macam yang aku tulis sebelum ni, ramadhan tahun ni terasa lain dari biasa. Bukan je dalam diri aku, tapi juga dalam family aku.

Terasa macam masing-masing dapat ujian serentak pula, dalam bulan mulia ni. Macam-macam hal dan kerenah. Tapi macam biasa, pada aku, semua bermula sebab masing-masing rasa diri sendiri je betul. Susah kalau dah ada 'kepala besar' ni, nak pergi hospital buat pembedahan pun bukan doktor boleh buat..!

Aku kat rumah parents aku sekarang. Tak ada job lagi buat masa ni. Bagus juga sebab aku boleh 'berehat' dan spent bulan puasa ni dengan my parents. Something yang dah tak berpeluang buat after I turn 13, tak lama dulu.

Tak banyak yang aku buat pun, aktiviti aku sendiri; baca buku dan buku lagi dan lagi..dengar radio lagu klasik! Aku pun dah terikut menyanyi lagu dolu-dolu sekarang ni! He2

One more thing, naik pening aku dengar kerenah 5-6 orang anak buah aku ni. Diorang spent bulan posa kat sini, aku kan dah lama tak ada adik-adik yang kecik-kecik dan macam-macam. Serabut jek aku rasa... :X

Haha cuba fikir bapak aku yang memang kepala serabut dengan kerenah budak-budak sejak dulu lagi..? Aduh, berkurung je lah dia dalam bilik sekarang! Sound-proof?? :D

Mak aku pula kena praktik balik kemahiran meleter yang dah lama graduated. He2 Mak aku bukan suka bebel pun masa kitorang kcik dulu, time ada cucu ni jek dia 'terpaksa' amik short-course sbb cucu-cucu yang... ...

Hal anak buah sulung aku yang sakit, mungkin penyebab utama parents aku pun tak berapa terasa nak raya. Tiap kali buka posa, terkenang orang itu, orang ini. Adik aku yang praktikal kat Sarawak and tak balik raya pun diramal sebagai antara sebab tahun ni kureng..

Disamping tu masalah rumah tangga anak-anak pun turut memainkan message sedih, yang umpama cubit paha kanan paha kiri terasa. Semua nak salahkan family kitorang, macam lah kturunan depa mulia amat! Masa berchenta, gunung kudaki, laut kurenangi. Dah kawin, anak 5-6 orang, sorang daki gunung ledang, sorang gunung daik! Satu laut merah, satu laut hindi! Entahlah...

Teringat aku drama awal ramadhan hari tu, 'Bukan Bidadari'. Nak isteri best, tapi suami hampeh. Macam mana? Kalau pun sabar, sabar kan ada batasnya. Kat mana betulnya kalau matlamat untuk 2 orang, pelaksana cuma seorang? Macam mana, kalau suami yang patut jadi pemimpin, pelindung dan ketua, tak tahu pun tanggungjawabnya? Nak masuk gaung ramai2?

Sesungguhnya tiap yang berlaku, ada hikmah di sebaliknya. Untung juga aku sebab dapat 'pelajaran' dari semua ni. Tapi, 'maklumat' ni, bukan semua menguntungkan aku. More or less aku pun naik risau fikir, maklumlah che ni pun tengah mencari! Nak cari yang macam manalah yang bole satisfy syarat2 dari seorang perfectionist mcm aku nh?

''Kejarlah akhirat, nescaya dunia dan akhirat milik mu''

Tuesday, August 25, 2009

Masalah mental??

Aku menulis dari option 'Opera Mini' yang ada dalam phone aku ni.

Subhanallah, banyak feature yang membolehkan aku berhubung dengan virtual world tanpa screen dan keyboard computer! Ini baru Nokia (lupa siri pe!), belum Blackberry atau lain2 iphone canggih manggih yang lain!

Anyway telifon is still phone. Tak sebest guna pc untuk buat keja. Tapi ok lah kalau ada emergency atau nak kemudahan asas. Kat mana2 boleh capai and at ease.

Ops! Dah lari dari tajuk asal..

Siapa yang ada masalah mental ni??

Aku.

Kenapa aku kata aku? Sekarang ni aku tak ada rumah sendiri, buat sementara. Bila ada kat rumah orang, aku tak ada ruang sendiri. Kadang rasa sempit walau rumah besar.

Walau rumah aku tak ada astro dan tersangatlah basic, aku tetap rasa ia rumah paling best! Rumah mak bapak aku pun 'tak setanding'..! He2

Sebab kat rumah aku, aku tau je apa nak buat, walau pun setakat main game 'crazy bird' dari siang ke malam!

Lagi satu, aku jenis tak suka keluar rumah. Aku tak sure if this is some kind of desease but I really don't like to go out. Tapi aku suka aktiviti luar yg mencabar. Maybe, I'm a loner..

Sekarang since tak ada office, aku rasa lebih teruk. Minda aku terperangkap. Aku lemas dan senak. Tapi tak tahu nak 'luahkan'. So I just write it here.

Masa aku keje, I'm so proud of it. I don't mind buat keje pe pun. Sampai my previous bos kata he can't find anyone else like me. Sebab I'm enjoying my work-life as it was such a 'happy' stuff!

Anyway I don't go out socializing like anyone else. I went out only for work. I don't have lots of friends. If theres some, I don't have thick bank account like them.

So now since I'm working from home, it's kill my only reason to get out. So now, I'm stucked. My only happinest is no more available.

And now is semester break. Even if not, I still have to go to class alone. Mostly I skipped.

Is the problem is my mind? Or the problem is me?

I think I'm gonna need help!


Aku harap, menulis di sini dapat mengurangkan tekanan sempit di mindaku!

''Bitternest in sweet smile''

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan 2009

Alhamdulillah! Sampai juga aku ke ramadhan tahun ni. Mudah2an lebih baik dari Ramadhan tahun-tahun sudah..

Sayu

Bila tiba Ramadhan, sejak dua-tiga tahun ni, ada perasaan sayu akan melanda hati. Marghrib 1 Ramadhan dan 1 Syawal, selalunya perasaan ini akan muncul. Aku tak tahu lah kenapa. Mungkinkah waktu ku sudah di hujung 'senja'...

Macam orang lain, terasa indahnya bila tahun ni dapat sambut Ramadhan. Sampai juga aku ke sini, sedang banyak juga orang lain yang tak sempat sampai dan ada juga yang tak endahkan langsung! Alhamdulillah, moga aku boleh manfaatkannya dengan baik dan sesempurna yang mampu.

Tapi tahun ni terasa ada kekurangan berbanding tahun lepas. Tahun lepas aku dah awal-awal standby 'azam baru' nak khatam Quran. Alhamdulliah aku khatam dalam masa sebulan (kali pertama!), tahun lepas dan juga untuk kali ke-3 keseluruhannya. Hehehe Taklah aku rasa diri ni teruk sangat...

Tapi tahun ni, aku tak begitu berazam untuk apa-apa. Mungkin sebab 'ujian' awal Ramadhan tentang rumah aku hari tu, menyebabkan aku terpaksa spend banyak masa aku kat rumah abang aku (atas sebab-sebab keselamatan). So aku memang tak ada hati sangat untuk jadi 'baik' bila kat rumah orang agaknya..

Tapi terasa sedih juga sebenarnya. Sedih sebab menumpang kat rumah orang sedangkan aku ada rumah. Juga sedih sebab aku tak begitu bersemangat untuk menggunakan masa Ramadhan yang ada ni untuk kebaikkan diri sendiri di masa depan!

Moga-moga aku pulih balik menjelang Ramadhan ke-dua. InsyaAllah malam ni aku nak balik D1 sekejap, amik barang-barang peribadi yang boleh membantu aku get to the right direction.

Keajaiban Ramadhan

Bila Ramadhan tiba, kalau kita perasan, langit dan persekitaran akan berubah warna. (Ke aku jek yang perasan? hehe). Selain rasa kesayuan yang tiada penjelasan, ada juga perasaan lain.

Bagi aku la, selalunya bila Ramadhan tiba, bukan hanya pintu syurga yang terbuka, tapi juga pintu hati aku! Hehehe terbuka untuk apa, tu aku tak boleh tuliskan di sini. :)

Aku pun masih tak tahu perkara sebenarnya. Cuma bila ia berlaku, hati ku turut merasa sesuatu yang indah. Entahlah, anggaplah saja ia kurniaan Allah untuk ku. Meminjamkan sedikit rasa indahNya untuk aku merasai nikmat dunia...

Alhamdulliah, terima kasih Tuhan!

Hanya kalau ia memang takdir untuk ku, lorongkanlah aku ke sana. Mudah-mudahan yang baik itu terus menjadi pemangkin ke arah aku yang lebih baik. Di sini dan di sana. Amin.

Selamat Berpuasa!

Akhir kata, buat semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, guru dan lecturer, sesiapa pun yang mengenali diri aku ni; aku ucapkan

Selamat Berpuasa! Moga ditabahkan segala dugaan. Mari tingkatkan amalan. Moga beroleh keampunan dan kejayaan di akhir Ramadhan! Amin.
Good Luck ujian tahunan :)

Thursday, August 20, 2009

Dan Sebenarnya...???

Alhamdulillah, hari ni despite ape yang berlaku semalam, aku dapati tak ada apa-apa yang buruk atau tak dikehendaki berlaku. Aku, rumah dan keta "mini cooper" kesayangan bernama Kylie; semua dalam keadaan selamat. Amin. :D

Macam orang bersalin pulak! :)

Aku teruskan misi ke Shah Alam selepas bos aku (pagi-pagi bute dah telifon!), tanya pasal patent registration. Kira kantoi lah bangun lambat! Kikiki Anyway, semalam aku tak lena pun. R.I.S.A.U. Hanya Allah yang tahu.... '-_-'

Misi 01 - IC

But then by 10.30am aku pun gerak ke Shah Alam pegi amik IC baru dengan semangat waja sebab nanti nak pergi buat report! hihi Poyo kan? Memula nak keluar rumah, takut semacam. Dah lah aku ni memang Agoraphobia, http://en.wikipedia.org/wiki/Agoraphobia di tambah pula dengan apa yang dah terjadi, lagilah aku phobia!!

Takut-takut pun, akhirnya aku sampai juga ke Masalam yang glamer sejak akhir-akhir ni dengan Inkues Kes bunuh diri tu. Less than half hour, dah settle and dapat lah aku IC baru yang lebih comei! Kikiki kawai ne?

Then my next mission is to find a Police Station, thought bole buat report kat pondok Polis, rupanya tak boleh. Tak kisah lah, standard lah tu. Aku pun carilah as per direction kat Bandar Puteri belakang Hospital Colombia. Seb baik kat situ, dekat dan ample parking.

Misi 02 - Balai

Aku benci pergi tempat ni. Sejak dulu aku cuma fikir benda buruk-buruk je kalau kena pergi sini. Walau pun dulu aku ahli Kadet Polis dan berbangga serta seronok dengan tu semua, tapi tak bermakna aku berhubungan baik dengan tempat ni atau pun orang -orang yang bekerja di tempat ini!

Hehe gomenesai! Tak suka pun, kena minta tolong dengan korang juga lah...

Seperti biasa, satu lagi benda yang paling aku benci ialah buat report. Aku rasa stupid giler bercakap dengan officer yang amik report tu, yang selalunya muka dah tak ada perasaan!

YES, I understood that dalam satu hari tu entah baper banyak kes yang diorang kena dengar, tak ada kaitan pun dengan dia, kes-kes bodoh pun ada. Tapi for at least, please be sensitive and attentive.

I believe public tak akan pergi buat report for something that is teribly stupid or unnecassary. Hanya bila perlu, urgent etc Anyway malang tak berbau dan tak ada sesiapa pun minta ditimpa malang.

Anyway, I just can say. Kalau aku kat tempat diorang, mungkin ada yang dah kena halau. I think so..??

Misi 03 - Tempat perlindungan

Dah settle report, rasa lebih lega dan terjamin. Yelah, tu pun kerja diorang, menjamin keselamatan orang awam. Hihi Arigatto gozaimasu :)

On the way ke 'tempat perlindungan' (mana lagi kalau bukan umah abang aku kat Bangi), aku banyak berfikir lagi. Dan tiba-tiba perasaan sedih yang terasa tersangat sedih terasa... (berapa banyak 'rasa' daa...)

Sedih hati

Aku pernah rasa perasaan ni masa balik buat report IC hilang kat Sek 6, Shah Alam dulu. Sama. Perasaan sedih dan pilu sebab terpaksa bergantung kat orang lain, terpaksa minta tolong orang lain. Tak kuat, tak tabah, tak boleh selesaikan sendiri.

Anyway, ni kira dah meningkat sebab aku pergi balai sendiri. Cakap sendiri etc Maknanya aku dah boleh uruskan diri sendiri lebih baik dari dulu, masa tu abang aku kena datang dari Subang or KL nak hantar aku ke balai. Tulah, boifren tak de... :(

Cemana pun aku masih juga ber'sms' dengan diorang minta tolong, pandangan etc Entahlah, maybe aku ni terasa hebat sangat kot. Sampai tak mahu orang tengok aku lemah langsung! Agaknya lah..

Kesimpulan

Walau apa pun, semua dah ok. InsyaAllah kalau ada apa terjadi aku dah ada back up. Hopefully tak ada apa jadi lah..

Pada diri aku, Sandy.
Janganlah sedih atau susah hati. Tindakan yang aku ambil bukan bermakna aku tak ada peri kemanusiaan, tapi kerana aku tegakkan apa yang benar. Dan aku bukan sekali-kali tak mahu menolong, cuma aku sendiri kena fikirkan keselamatan dan kepentingan aku.

Mungkin aku rasa sedih, sebab terpaksa bergantung lagi pada orang lain. Masih buat orang risau walau pun usia dah besar ni. Relaks, hidup umpama roda. Kadang di atas kadang di bawah. Dan sebenarnya, inilah masa nak tahu siapa kawan atau saudara kamu!

Jaga diri baik-baik pasni, learn from mistakes. It's the best teacher!

P/S

Sebenarnya aku rasa aku tahu kenapa aku sedih. Tapi aku tak akan tulis di sini. Biarlah Yuna yang 'terangkan' semuanya :) jeng3x

Ohh bulan...
Enggan melayan diriku lagi...
Pabila... airmata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio
Seolah-olah memerli aku
Pabila...
Kau bersama yang lain

c/o Adakah perasaan benci ini sebenar-nya cinta...
Yang masih... bersemadi untukmu...
Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga... merindui aku...


Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Ohh ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila... kau bersama yang lain

c/o

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi...
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air

c/o

Dan sebenarnya, dan sebenarnya,
Aku rindu...
Dan sebenarnya, dan sebenarnya,
Aku tak mampu...

Kertas Ujian Subjek: Ramadhan 2009

Puasa

InsyaAllah 21hb atau pun 22hb Ogos umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa. Sekali lagi InsyaAllah kita di beri kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan ganjaran sebab bulan ramadhan pahala amalan akan digandakan.

Aku suka Ramadhan, sebab lepas tu raya! Hehe.. salah satu benda atau peristiwa yang sangat aku hargai sekarang, sejak akhir-akhir ni. Perjumpaan keluarga, terasa best sangat!

Walau pun kadang letih juga bila time masak-masak atau layan kerenah anak-anak buah yang tak reti dok diam, tak ada tempat nak tidur sebab masing-masing dah cop port untuk anak beranak; tapi aku rasa BAHAGIA. Deep inside me, I felt contended sebab masih berpeluang berkumpul. Berjumpa, bercerita, bertanya khabar, bergelak ketawa. Alhamdulillah :D

Walau pun kadang-kadang ada berita tak enak di dengar, tapi itu standard. Air laut pun ada pasang surut, inikan pula family. Normal, cuma kadang tu sedih juga. Sebab aku memang tak suka amik port sangat. Aku akan rasa sebal sebab banyak perkara, boleh diselesaikan kalau kita tak fikir kita je yang betul dalam dunia ni. Kalau kita fikir sedikit tentang orang lain. Tu sebabnya, aku selalu buat tak tahu je, cuma berdoa mudah-mudahan semuanya berjalan baik dan lancar.

Kenapa tajuk entry ni 'kertas ujian' Ramadhan? Sebab seingat aku sejak 2-3 Ramadhan yang lepas, sama ada sebelum atau pada Ramadhan, aku akan menghadapi ujian yang buat aku sama ada sedih atau sedikit berduka cita.

2007

Aku tak ingat tahun lepas (2008), tapi seingat aku Ramadhan 2007, laptop bos aku kena curi kat office. Akulah orang yang ada kat office masa tu. Baru-baru mula kerja, tak tahulah pula aku area SJ tu macam tu. Nak nangis rasa masa tu! Terasa bersalah sangat-sangat! Maklumlah baru masuk kerja! Sedih, takut, risau, macam-macam yang aku fikir...

Mujurlah bos aku baik hati, tak kisah. Sebab dia kata aku pun baru and tak tahu area tu macam tu. Cuma aku kesian kat dia sebab banyak dokumen dia yang berharga dalam tu. Ko tau je lah, laptop businessman mesti ada banyak menda dalam tu. Kesian! Dia pun tak risau laptop tu, tapi terkilan dokumen-dokumen tu hilang.

Tahun ni pula, baru je berlaku. Semalam..

Ujian Ramadhan 2009

Dalam pukul 9 lebih, aku tengah tengok 'Cupid' 8TV, tiba-tiba ada sorang pompuan ketuk pintu rumah aku. Nak tanya bilik, aku kata ada. Tapi aku nak pindah tak lama lagi, cuma tak tau bila. Then dia kata, oklah. Kalau aku pindah, dia continue rumah ni. Dia nak masuk, bincang.

Sebab dia datang dengan nangis-nangis, aku pun bagilah dia masuk.

Cerita dia; Dia kena halau malam semalam (Selasa, 18 Ogos 09). Sebabnya, dia kata tak bayar deposit. (??) Duit dah ada, cuma lambat. Tuan rumah tak terima, then halau dia. Yang best skali, dia ni dah kawin!

Aku buat muka pelik je sepanjang dia cerita, sebab aku was-was. Aku tak kenal dia ni. Dia kata dia selalu nampak aku, tapi aku tak perasan dia sebab aku jenis keluar rumah, gitu jek. Memang pun, sebab tiap kali aku keluar rumah, aku jarang nampak orang kat luar rumah diorang pun. And aku pun memang tak suka keluar rumah. So, aku tak kenal dia.

Dia kata orang sini semua kenal dia. Dia ni pun datang sebab ketua blok ni yang recomend. Katanya aku duduk sorang, so maybe aku boleh consider.

Memang aku duduk sorang. Memang ada 2 bilik kosong. Tapi aku lebih rela duduk dengan lipas dan cicak, dari duduk dengan laki orang yang aku tak kenal!

Aku memang berkeras kata tak boleh, tapi memandangkan dia sangat terdesak, malam pun dah lewat, diorang tak ada tempat tido, aku pun bagilah. Pas dia hantar barang-barang dia, dia keluar balik nak bincang dengan laki dia kat warung depan rumah aku ni. Aku sambil jahit-jahit manik, fikirlah.

Then aku pikir, mesti satu hari nanti entah alasan apa, aku akan terpaksa bagi suami dia bermalam kat rumah aku. Mana tau, hujan ke etc. Lagi pun, aku rasa something wrong dengan idea diorang nak sambung bayar kalau aku pindah. Silap-silap, aku yang kena tinggal kat luar, diorang buat rumah ni & harta dalamnya macam diorang punya.

So, aku hantar sms; aku boleh bagi tumpang sampai at least bulan 9. Diorang mesti cari rumah lain kalau nak duduk sama-sama suami-isteri. Aku boleh tahan 2 minggu je.

Lepas tu, dia sms aku balik. Katanya nak amik barang balik semula sebab aku dah cakap macam tu. Tapi sebelum tu, aku tanya dia malam tu nak tidur mana? Dia kata, tak tau. Aku suruh dia pikir dulu masak-masak baru lah angkat barang. Tingkat 4 bukan rendah!

Tapi dia kata, tak ada choice. Dia ada minta one last chance, kalau boleh malam esok kalau dah tak ada choice dia nak masuk rumah aku. Suami dia stay rumah kawan, macam yang aku suggest. Tapi aku kata, aku tak suka macam tu. Kalau nak, amik, sekarang. Kalau esok dia nak pindah balik, sorry. Aku memang tak suka orang yang tak confirm macam tu. Anyway aku cakap, tengoklah macam mana dia pnya plan esok.

So malam tadi, aku tunggu juga lah. Sebab dia kata dalam pukul 8 kalau dia nak angkat barang. Sampai pukul 7 lbh, dia senyap je. Aku sibuk main game sambil dengar lagu kuat-kuat. Sebenarnya aku pun malas fikir. Aku rasa diorang ni, more wrong than truth! Was-was je hati aku since dia first masuk.

So aku hantar msg kata aku dah discuss with my family, and diorang tak bagi. Bnyak perkara dan risiko yang aku kena tanggung, diorang pun jauh kalau ada apa hal. Lepas tu, dia balas dengan ugutan "jangan salahkan dia, kalau apa-apa berlaku"

Menyirap darah aku kejap, panas telinga aku!

MasyaAllah, aku susah-susah fikir untuk dia semalam, siap nak bagi dia tumpang walaupun aku tak kenal dia, tanpa sepatah pun perkataan deposit keluar dari mulut aku; hari ni sangat lancang mulut dia cakap macam tu. Seolah-olah semalam aku yang merayu-rayu jual air mata nak TUMPANG bilik!!

Sakit giler hati aku!

Kalau ikutkan tak habis sms tu, tapi aku rasa baik aku diam je. Orang macam ni, sama macam Mrs XXXXXXXXXX! Perang sms! So lepas bertenang sekejap, aku compose ayat paling 'baik' dan hantar. Aku pun tak nak gaduh.

Memang niat aku nak tolong. Bukan aku kata tak boleh langsung! Aku cuma tak nak rasa tak selesa, tak selamat, dalam rumah aku sendiri! Anyhow, nak tolong pun kena ada caranya. Bukan nak bagi orang senang, aku pun susahkan diri!

Selepas sms tu, aku fikir-fikir lagi, aku sms pada ramai-ramai. Adik aku, abang aku, kawan aku Huda and Hafiz. Diorang pun kata, sms tu boleh report polis as sms ugutan. And aku memang tak teragak-agak nak pergi report kat balai esok.

Sedih hati

Sampai satu tahap, aku terasa sangat sedih! Sampai aku termenangis mengenang nasib diri..

Nak kata aku jahat, kacau orang, koridor diorang pun kau tak lalu. Nak kata aku sakit kan hati diorang, bila masa aku cakap dengan diorang? Aku duduk diam-diam pun orang nak kacau! Sakit, sedih, pelik, bengang!

Lagi satu, dah lah tak tau di untung aku nak tolong. Diorang ni langsung tak tahu hukum ker? Jahil sungguh!

Tension

Walau macam mana pun, aku dah tanya pendapat diorang. Memang aku tak perlu layan atau terima orang macam tu. Especially married couple since I don't know them at all. Diorang memang boleh kata semua orang sini kenal atau percaya dia, tapi aku tak kenal dia dan tak percaya dia. Diorang memang ada surat nikah, tapi diorang, bukan aku! Dan dinding rumah ini tak boleh menjadi saksi kalau ada apa-apa yang terjadi! Masa tu, nasi dah jadi bubur. Tak guna menyesal. Lebih baik aku bertindak sekarang.

Banyak yang aku sesalkan. Sesal sebab aku buang masa dengar dia jual cerita dan air mata, sesal sebab masih nak tolong orang macam tu yang tak tau berterima kasih, (seingat aku, dia tak ada ucap terima kasih walau sepatah pun dari semalam!), sesal sebab walau pun aku dok diam-diam tetap ada orang dengki, sesal sebab aku mungkin tertipu semalam!

Alhamdulillah, mujurlah Allah masih lindungi aku. Sebab sebenarnya, diorang dah ada option yang kuat bila aku bagi diorang pindah masuk malam tadi. Mujurlah penipu pun berakal singkat!

Kesimpulan pahit

Maka lepas ni (kalau aku masih di sini lama lagi lah!), jangan mimpi aku nak bagi orang sewa bilik! Kau terdesak macam mana pun, single, janda etc SORRY.

Aku memang mungkin patut duduk dalam hutan sebab aku tak pandai bermasyarakat. Tapi sekurang-kurangnya aku sudi menolong berbanding orang yang 'sangat tahu bermasyarakat' tapi tak mahu menolong dan lebih mengharukan, AKU yang layaknya duduk di hutan mampu bayar deposit dan sewa rumah sedangkan orang yang layak duduk di bandar kena halau dan memaksa aku menyewakan bilik untuk diorang!?

Subhanallah, ujian Mu di awal Ramadhan

"Apabila tibanya Ramadhan, maka terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu" ~Hadis riwayat Muslim

KERTAS SOALAN INI TAMAT


Wednesday, August 12, 2009

B.E.N.C.I.N.T.A

Dah lama aku tak menulis. Bukan sibuk sangat pun, cuma tak ada idea apa yang nak ditulis.

Hari ni Huda call aku, sejak semalam kitorang YM sebab dah lama tak communicate pun sejak aku 'tak ada office' ni. Aku online tapi masanya, bila diorang semua dah tak online lagi! :)

Banyaklah juga yang kitorang berborak antaranya kenapa aku tak ada akaun friendster, kenapa tak update facebook etc Aku dah kata, aku memang malas nak update mende tu sume. Aku rasa tak banyak yang aku nak share dan aku tetap rasa kebanyakkan yang aku lalui hari-hari adalah privacy aku. Lagi pun aku tak lah open sangat.

Tapi kebanyakkan alasan sebenarnya bersebab daripada phobia aku atas apa yang pernah terjadi bersama mereka. Bukanlah salah mereka, tapi takdir yang menyedihkan atas sejarah hidupku. Setiap dari mereka seolah berpotensi menjadi pemangkin kepada ingatan pedih yang aku cuba lupakan, walau pun ia tetap aku ingati!

Itu sebabnya aku cuba jauhkan diri dari mereka!

Aku takut, kalau-kalau bersama mereka aku akan terlihat bayang-bayangnya!

Kisah lama

Dulu aku rasa ketakutan ini telah tamat. Bila aku akhirnya berani menjejak kisah silamnya dan keluarganya yang ditinggalkan. Aku berdepan dengan ketakutanku hingga rempeyek yang tak pernah jadi kuih kesukaanku pun aku kunyah bagaikan ia terlalu sedap!

Sedang sebenarnya aku sedang menyembunyikan pergolakkan perasaan dari terlihat di sepasang mata tua ibunya. Aku cuba yakinkan ibu itu, tiada kuasa manusia yang mampu mengatasi apa yang telah terjadi. Sedangkan aku sendiri terasa begitu ingin terjelepok! Meratapi kisah yang tak ingin hilang dari ingatan!

Sangkaku aku sudah berjaya mengatasinya dan akan hidup normal. Tapi rupanya, luka itu masih sesekali terasa sangat pedih! Masih berdarah jika sesekali terusik!

Aku jadi muak dengannya tapi tak mampu sekali pun menolak ia pergi jauh, sekurang-kurangnya sejauh mana dia telah pergi dari hidup ku!


"Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu"

Faizal Tahir - Bencinta

Saturday, July 25, 2009

Aku belum berhenti berharap

"aku berhenti berharap
dan menunggu datang gelap
sampai nanti satu saat
tak ada cinta kudapat

kenapa ada derita?
bila bahagia tercipta
kenapa ada sang hitam?
bila putih menyenangkan"



Kalau aku kata aku tak risau, tipulah aku. Kalau aku kata aku masih bertenang, dakyah je tu!

Hakikatnya aku merasa sangat tertekan saat ini
Menunggu email atau pun sms 'pengesahan' dari bos aku!

Diam Ubi atau Diam Lari?

Dari lepas aku mid-term hari tu, aku ternanti-nanti reply email atau pun sms dari bos aku pasal office baru kat Bangi yang aku cadangkan dan juga funding untuk company registration dan semua yang berkaitan dengan incorporation of the new company.

Aku ni tak lah tamak haloba atau pun gila pangkat atau yang sewaktu dengannya, tapi setelah mendengar dan menerima kepastian dari dia lah aku sibuk-sibuk cari company baru, company secretary etc Maklumlah dengarnya pun nak cepat benor-benor, sementelah sebelum 'masuk tv' dalam minggu depan. Itulah yang aku tergesa-gesa mencari, antara sibuk baca buku untuk mid-term hari tu.

Tapi sehingga hari ini, belum ada khabar baru aku terima dari mereka.

Diam ubi atau diam lari? Atau aku yang tak sabar menunggu untuk memulakan episod baru dalam hidup aku setelah sekian bulan 'berehat'?

Entah, aku tak dapat pastikan.

Yang pasti aku harap, semuanya bukanlah cerita dongeng semata yang direka sekadar mengcover cerita 'pencolekkan' yang begitu mendebarkan tempoh hari.

Dan aku belum mahu berhenti berharap, sehingga sekurang-kurangnya akhir bulan ini!

Pada Mu Ya Allah, aku serahkan takdir yang terbaik buat ku. Andai ini bukan untukku, mudahkan rezeki lain untuk ku. Mudah-mudahan aku bersyukur dan tak menjadikan sesiapa pun risau.

Mudah-mudahan urusan ku dipermudahkan Allah. Rezekiku dimurahkanNya. Moga aku beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Amin.

Sandy, gambatte kudasai!!

Sunday, July 12, 2009

Cuti Bergaji



Aku sekarang lepak-lepak je kat rumah. Jalan-jalan umah adik aku, abang aku atau balik kampung. Menziarah dan mengisi masa lapang. Sekali-sekala balik rumah D1 kat Puchong, siram "Ms Ong" dan kemas-kemas apa yang patut. Kadang-kadang kena juga buat paperwork office lama yang nak kena approvekan sebagai orang yang tahu real situation there, 'once'.

Mostly mengelamun tak tahu hujung pangkal, tidur, tengok tv, 'update' Bill Jr. yang bersepah-sepah file kat dalamnya etc

Tapi, most of the time is B.O.R.I.N.G

Untuk seorang workaholic yang menjadikan kerja sebagai kehidupan, aku terasa bosan sungguh-sungguh! My parents and family semua kata bagus, rezeki, bla bla bla sebab aku cuti bergaji. Tapi aku terasa macam hopeless. Macam tak real. :(

Aku sesungguhnya bersyukur, tapi aku cuma rasa susah nak adapt keadaan ni. Maklumlah biasanya bangun pagi, siap-siap then pergi kerja. Then spend whole day kat physical office.

Tapi sekarang ni, nak bangun ke tak ke, sukati.

Nak buat apa dalam satu hari tu pun, sukati.

Nak tengok tv satu hari pun, sukati!

Ni plak, bleh check email thru phone je, lagilah SUKATI!!


Astagfirullahalazim! Tak tahu lah dah banyak mana masa yang telah berjaya memotong leher ini dengan pedang-pedang itu!

Tu antara masalah aku ni, bila free sangat sampai tak tahu nak buat apa. Walhal kalau kerja tu ada je urusan yang timbul di fikiran menuntut penyelesaian. Nak buat ic barulah, passport lah, bayar yuran OUM lah, buka akaun ASB lah, macam-macam! Bila free ni, tak pula aku tergerak nak pergi buat.

Yang aku rajin, dok la melepak depan tv or pc. Tak pun busy memeluk bantal busuk, macam lah esok-esok dah tak boleh tido lagi!



My Plan

Ok lah, since aku dah balik D1 ni, otak aku dah betul sikit. Dah bleh plan ahead. Aku kalau kat rumah orang lain tu, hanyut jek!! Tau-tau dah sampi entah ke mana...

1. Esok aku nak jumpa Bos aku, settle hal keta dia. Then aku balik D1 kalau tak ada apa lagi, untuk study. (Tengok, tau-tau aku ada mid term exam minggu ni!)

Sebelum tu, belah pagi baik aku pergi jumpa company secretary kat Bangi, discuss hal company baru, fees, responsibility, risk etc

2. Sabtu nanti pas mid term exam aku kena pergi rumah adik aku kat Ukay Perdana, mengajar tuisyen anak buah aku. Kesian pula, lagi pun dan dekat exam dia. Sikit pun jadilah.

3. Lepas tu? Lepas tu aku pun tak tau lagi. Maybe settle ongoing thing macam company registration, pastu aku nak pergi ziarah jabatan pendaftaran kot buat ic baru yang lebih cun! hahaha

4. Buka akaun ASB pastu bayar yuran OUM etc lah. Tengok apa ada boleh buat next week.


Successful 'AKU'


InsyaAllah, mudah-mudahan aku pulih balik mejadi aku yang berwawasan dan berdedikasi macam aku 2-3 bulan sebelum ni. Amin.

P/S Malam tadi aku mimpi ular, ahahaha. Tapi aku tak suka mimpi ular!!! Arghhhhh....!!!

Sunday, June 28, 2009

Aku sedang membina masa depan dengan harapan!

Dah sangat lama aku tak menulis. Banyak yang berlaku dua minggu lepas. Dalam debar dan tak percaya, aku cuba yakinkan diri untuk terima berita-berita tu dan berharap lebih banyak kebaikkan mengiringi pilihan tu berbanding keburukkan.

Pengajaran yang aku terima dulu menegaskan; pilihan baik, mana-mana pun sama. Tapi terpulang cara kita memperjuangkan pilihan kita yang menjadi tanda akhir sama ada ia betul memang baik atau kurang baik.

Sebab dalam hidup ni, satu pilihan kita buat akan membawa kita pada beribu-ribu pilihan berbeza setiap kali. Dari pilihan yang beribu-ribu tu pun tersedia beribu-ribu lagi pilihan yang berbeza dari yang sebelumnya!

Wah! Beribu-ribu lemon!



Beribu lemon!

Takut

Sebenarnya aku takut, takut dengan ketidak mampuan aku menghadapi sesuatu yang aku tak pasti. Sesuatu yang aku rasa masih mentah.

Tu sebabnya aku asyik tension akhir-akhir ni bila memikirkan berita-berita tu semua. Ia memang berita baik, dan aku gembira dengannya. Tapi aku selalu pertimbangkan dulu kebolehan aku untuk melakukan tugas yang aku bakal terima, sebelum buat keputusan terima atau tak.

Aku mimpi balik ke sekolah, dan ada test. Semua orang tahu pasal test tu dan tahu belajar mana sampai mana, aku pula baru masuk hari tu dan tak tahu apa-apa! Macam mana nak jawab???

Menurut pakar psychology itu adalah tanda yang aku nerves! And I'm!

Anyway, InsyaAllah hari ni after the discussion akan selesailah sikit problem ni. For at least ada sikit enlightment and hint untuk jalan yang seterusnya. Aku harap semuanya berjalan baik dan lebih bagus dari yang dirancang dan dari yang aku fikirkan.

Moga dipermudah urusan dan dimurahkan rezeki kami, Amin.

Untuk diri aku; Selamat Berjaya San!! Aku boleh sebenarnya, cuma tak pernah buat! So mari kita buat sama-sama dan sama-sama buat yang terbaik!

Good Luck!


#p/s To all my family member's, aku sangat berterima kasih dengan bantuan, sokongan dan keprihatinan korang semua.

Walau pun korang tak cakap, tapi aku tahu. Sebab kita family!!

Love you all so much and sorry for keep you all worried about me and for always keep it up to myself. I just don't want you all to worried about me, not because you all worthless to me...

Sorry and thanks so much! Wish me all the best, and may our family succeed even more in the future. Amin :D

Friday, June 19, 2009

Sekarang, hari ni, lattest

Aku menulis dari rumah hari ni.

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis atau tak perkara ni. Sebab ini rekod buruk aku tahun 2009; dihentikan kerja oleh syarikat yang sama sebanyak 2x dalam masa 2 bulan!

PATUT KE??!!!

Ekhem..ehem..bertenang..bertenang...rileks, tarik nafas....huh! (hembus)

Satu bahagian, aku terasa tak kisah. Bagus juga sebab secara tak langsung beban aku hilang secara automatic tanpa aku perlu bersusah-susah. Aku tak perlu buat apa-apa pilihan dan boleh tanpa berselindung lagi menyokong 'pihak yang lagi satu'.

Satu bahagian lagi pula, berasa sedikit bingung dan bimbang sebab 'pihak yang lagi satu' masih berdiam dan belum juga membuat sebarang keputusan tentang aku. Maknanya aku telah pasti satu belah, tapi belah yang lagi satu masih tak pasti sedangkan sebelum ni belah ini telah membuat tawaran yang begitu 'too good to be true'.

Dan satu bahagian lagi berasa, aku patut lari je dari semua ni. Sebab ke dua-dua bahagian juga tak boleh dipercayai dan memanjangkan lagi ties ni hanya membawa faedah berterusan untuk mereka, tapi tidak aku. Anyway, siapalah aku...uhuk!

Lalu satu bahagian lagi pula berkata; kat mana aku nak LARI???

...............blur...........................

Sejak perkara ni berlaku, kali pertama dulu memang aku risau. SANGAT risau sebab banyak perkara yang perlu aku fikirkan. Ia terjadi terlalu tiba-tiba dan aku tak langsung bersedia.

Tapi bila terjadi kali kedua, aku macam dah tak ada perasaan lagi. Terasa macam dah pasrah, terasa macam dah 'apa-apa je lah!'.

Sebab bila dikenang-kenang, sakit hati je. Kenapa sakit hati? Sebab aku bagaikan hanya 'tunggangan' mereka bagi mencapai maksud sedangkan aku tak punya apa-apa selepas itu.

Sekarang, aku tengah dengar lagu raya. Tak sabar nak raya, macam tiap-tiap tahun yang sudah! :) Dan dengan keadaan yang sekarang ni, lebihlah aku suka dengar lagu raya.

Entahlah, kalau-kalau kerana makna dan perasaan raya adalah 'harapan' dan 'kegembiraan' buat aku...

Wednesday, June 10, 2009

Melompat lebih tinggi

Result exam aku dah keluar officially last week kot. Last time aku check baru ada satu subjek, lagi dua belum appear. Dah berdebar sebenarnya, tapi control jek...

Hari ni aku check lagi. Alhamdulillah, I'm on the Dean's List!! 3.56 :)

Actually tak lah bangga sangat sebab subjeknya biasa, baru mula kan. So bukanlah subjek yang susah. Tapi aku berjaya capai impian dapat Dekan, tu yang penting. Diploma dulu, first sem pun tak dapat!

Aku memang berkobar-kobar degree ni. Semangat nak dapatkan result yang best, tak yah tidur malam, nak buat assignment sungguh-sungguh etc Dulu masa Diploma rasa poyo jek study sungguh-sungguh tu! :D

Now I know and understood clearly what I want!

Maybe masa Diploma dulu tak ada experiences, tak ada guide -main redah je! Sekarang bila buat Degree, aku dah tahu apa aku nak buat step by step. Mana nak pergi, macam mana nak buat. Lagi pun, memang dah lama aku nak sambung Degree, cuma asyik tak jadi sebab tak tahu apa yang aku betul-betul nak.

Lastly aku jumpa juga apa yang aku suka, dan aku rasa aku bagus di situ. Aku kenal lagi diri aku! hehe


melompat lebih tinggi


Catatan ni penting, sebab aku nak generasi selepas aku boleh capai lebih baik dan lebih bagus dari apa yang aku capai hari ni. Tu antara sebab utama kenapa aku nak sambung Degree walaupun terpaksa 'ikat perut' (dari joli, makan dan jalan sakan!) tiap-tiap bulan sebab nak bayar yuran study.

Kalau aku ada Diploma Engineering, Degree Technology Management, harapnya generasi seterusnya akan boleh capai lebih dari ini. Mudah-mudahan keluarga kita semua dipermudah urusan dan mendapat kesenangan dunia akhirat. Amin

Mari ramai-ramai Gambaremasho!!

(saat ni aku dah terbayang-bayang perancangan untuk Master nanti! :D )

Untuk diri aku sendiri, harap dapat maintain 3 pointer hingga grad nanti. Semoga terus ada semangat dan keinginan membara untuk belajar ilmu berguna. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk kepentingan dan kegunaan umat manusia.

To my late beloved lecturer; hari ni saya berjaya dapat 3 pointer! Alhamdulillah, berkat doa encik Z dulu. InsyaAllah saya akan cuba kekalkan. Terima kasih sebab tetap ambil berat walau dalam diam. (Al-fatihah)

"manusia memang lazim terlupa menghargai apa yang dia miliki, tetapi
meratapi setelah kehilangannya"

Friday, June 5, 2009

kenal diri antara diri-diri yang lain

Taylor Swift - Love Story

We were both young when I first saw you
I close my eyes
And the flashback starts
I'm standing there
On a balcony in summer air

See the lights
See the party, the ball gowns
See you make your way through the crowd
And say hello, little did I know

That you were Romeo, you were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go, and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet cause we're dead if they knew
So close your eyes
Escape this town for a little while

Cause you were Romeo, I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything of me
I was begging you please don't go and I said

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes

Romeo save me, they're tryin to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story baby just say yes
Oh oh

I got tired of waiting
Wondering if you were ever coming around
My faith in you is fading
When I met you on the outskirts of town, and I said

Romeo save me I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head? I don't know what to think
He knelt to the ground and pulled out a ring

And said, marry me Juliet
You'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, go pick out a white dress
It's a love story baby just say yes

Oh, oh,
Oh, oh
Cause we were both young when I first saw you...



Aku sangat suka lagu ni, dan kebanyakkan lagu minah nama Taylor Swift ni. Rasa macam sangat sedap di telinga! Sangat sesuai dengan selera music aku.

Dan aku suka sebenarnya, bila aku tahu banyak perkara tentang apa yang aku suka dan tak suka, contohnya aku AMAT tak suka ikan keli!!!

Sebab dulu ada sorang kawan aku kate, "San, apa aje lah yang ko suke???"

Ayat tu macam tak ada makna apa pun bagi sesetengah orang, tapi pada aku dari situ aku sedar satu perkara.

Aku memang amat bold and sangat neutral (kalau tak percaya, cuba letak kertas litmus kat aku, mesti tak tukar warna! p/s merah-acid, biru-alkali). I'm a b-o-r-i-n-g person! Can u believe that??!!

Aku generally suka semua benda, makanan, orang, mainan etc jarang ada yang aku tak suka. Tapi aku juga kadang-kadang sangat perfectionist, so banyak benda yang 'terasa' kureng jek di mata aku ni. Senang citer, adejelah yang tak kena! Jadi sometime ada orang salah anggap, says that aku tak suka apa-apa pun :( Tu yang kawan aku tu kate camtu...



ni sebab aku tak suka ikan nih! cuba tengok lama-lama sket


Well, tak pelah. Dah aku memang dicipta begini. Macam mana ada orang yang suka keli, ada juga orang yang tak suka keli (macam aku!). Kau cakaplah macam mana sedap pun keli tu, aku tak akan sudi merasanya! No-no. Sorry, biarlah makan dengan kicap dan telur goreng saja sekali pun, aku rela dari memilih makan keli goreng berlada!

argh..tak mao!

Monday, June 1, 2009

Mencari diri dalam lautan diri lain-lain

Wargh...hebat tak tajuk post nih? Melankolik betul! Err sebenarnya aku pun tak faham sangat, tapi lebih kurang macam tu lah..hihi

Aku ada kat office sekarang nih. Baru memulakan minggu, tapi dah terasa bosan! Aku tak ada kerja nak buat? Percaya tak...?

Sesetengah orang suka keje goyang kaki, tapi sebab aku suka apa yang orang lain tak suka, so dah tentu aku suka bekerja :) Tapi taklah termasuk membanting tulang etc sekali sekala tolong mak aku bersihkan laman ke, tebas semak kat kebun tu boleh lah. Kalau hari-hari???

Cakap pasal kerja, sekarang ni tengah cuti sekolah. Best betul budak sekolah, dalam setahun ada banyak kali cuti! Masa aku sekolah dulu, tak terasa best pun sebab aku lebih suka pergi sekolah. Bila dah kerja, terasa nak bercuti selalu-selalu lah pula! Cuma ongkosnya je yang tak selalu-selalu banyak ki3

Gunung Kinabalu



Dah lama dah aku plan nak daki gunung ni. Kalau tak silap, sejak 3 tahun yang lepas. Kenapa dan macam mana aku terfikir nak daki gunung tu ialah sebab pemandangan dan mengalahkan kelemahan diri sendiri.

Dalam flight aku balik dari Labuan last 2007 (tu first time aku naik flight pun!), aku sangat teruja melihat pemandangan langit biru. Macam kat satu dunia asing! Terasa macam tu kot indahnya syurga :) Warna biru yang tak pernah aku jumpa di mana-mana, bercampur warna putih yang sangat lain dari yang pernah aku tengok di daratan, menjadikan aku sangat teruja. Dan satu hari aku tengok satu dokumentari tentang gunung kinabalu. Pemandangan langit yang amat sama dari ketinggian gunung tu sangat mengujakan aku sekali lagi!


ni bukan aku tau!


Lagi pun masa tu aku baru-baru mula kerja, terasa banyak halangan yang bakal aku tempuh. Dan aku rasa simbolik pendakian gunung tu macam kejayaan aku mengalahkan apa pun kelemahan dan rintangan yang bakal aku hadapi. Aku sangat bercita-cita untuk menjadi salah seorang orang terkaya di Malaysia sebenarnya! Tak pun jadi antara orang yang berjaya dan terkenal dengan usaha dan menjadi lain dari yang lain. Tapi tak tahulah tercapai atau akan cuma sekadar jadi angan-angan..

Walau macam mana pun, aku tak ada buat apa persediaan lagi untuk daki gunung tu. Anyhow, maybe before I turned 30? Or maybe somewhere on 2011 or 2012? Hopefully :)

Mencari-cari

Sebenarnya tak tahu nak tulis ape. Perasaanaku sedih je sejak akhir-akhir ni. Walaupun tiap-tiap hari makan nasi lauk ayam, pergi keje naik kereta cute dan tak payah susah-susah tunggu bas kat simpang, keje dalam air-cond yang sebenarnya surf internet 70%-keje 30%, sharp kul 5 ptg-caboot balik dah; tapi aku tak gembira. Kenapa ye?

Malam-malam masih sunyi, walau rumah aku ada tv colour, ada computer p4, ada hp nokia (status: pemilikan sementara dari abang aku. tq :) ), yang boleh connect radio dan sekaligus modem internet skali skala, tepon ada 3g, sms, mms, push mail dan segala macam yang aku pun tak tahu nak pakai kadang-kadang, tapi hati masih terasa sunyi, jiwa terasa kosong dan sepi juga. Masih gagal menangkap sebarang makna dan rasa yang berwarna-warni dan penuh ceria dalam dunia ni. Kenapa ye?



Persoalanan ni bukan hari ni saja aku tanya, bukan baru-baru ni saja aku rasa, tapi dah bertahun lamanya. Aku tak pernah rasa kehadiran aku dalam alam maya ni memberi sebarang makna pada sesiapa melainkan diri sendiri. Ada atau tak ada aku, tak mengubah apa pun dalam kehidupan sesiapa pun.

Bagai wujud yang telus cahaya, sentuhan yang hanya bagai sapaan sang angin. Itulah aku, dulu dan masih lagi kini..

Aku tak tahu bagai mana, kadang-kadang aku cuba reach out ke luar dunia komfort aku, mana tahu kalau aku di dengar. Tapi selalunya panggilanku tak bersambut. Kalau ada perempuan jawab 'nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan' ke, ok lah juga. Tapi ni tak ada langsung, hanya bunyi tut tut tut yang panjang diiringi sepi yang mengerikan!

Light year

Di saat manusia-manusia yang aku kenal dari tv, internet, buku dan majalah dari dunia yang confirm tak tahu langsung wujudnya dunia aku ni, sibuk memperkatakan tentang light year technology, macam mana nak ke masa depan, aku pula terasa tertinggal berjuta-juta tahun cahaya ke belakang masa kini. Walau pun aku tahu dan sedar tentang masa kini, tapi hakikat yang aku tak 'menyentuh' masa kini tu telah menjadikan berjuta-juta tahun cahaya jurang masa aku dengan masa kini!

Dan aku tahu, aku tak bersendirian dalam perkara ni. Ada berjuta-juta orang dalam dunia ni menghadapi rasa yang sama dengan aku. Punya dunia tersendiri yang hanya kami tahu tentangnya (sebab tak ada atas peta atau globe! hihi).

Apa yang aku karutkan ni? Siapa kata aku tengah mengarut? Artikel ni juga bukanlah copy dari mana-mana, melainkan hasil tulisan aku sendiri. Akhir kata, aku dah penat berada dalam dunia telus cahaya ni.




Lu pikirlah sendiri...!

Sunday, May 31, 2009

A tribute to my lovely cat, Mr Blacky & Cipon-san

Weekend ni asyik bersedih je, bermula dengan Jumaat malam. Sebabnya tengok movie je! Ihihi aku memang emo orangnya, lebih-lebih lagi sekarang ni berbanding belasan tahun dulu.

I Not Stupid Too

Singapore movie ni aku tengok dah dua kali kalau tak silap. Tapi dua-dua kali pun tetap sedih! Emo kan?

Aku rasa movie ni bagus di tonton dalam keadaan dunia pendidikan yang tengah kacau bilau sekarang. Bukan tu je, bagus juga di tonton oleh parents untuk lebih memahami isu anak-anak muda sekarang.

"Epal yang rosak, kalau dibuang bahagian yang rosak, masih lagi sebiji epal"


Walau pun parents aku dulu tak pernah bagi tahu secara lisan apa yang mereka fikir dan harap tentang aku (kecuali sekali, mak aku tanya aku nak jadi apa? Masa tu aku konfident je jawab, Lawyer. Tapi tak jadi pun! hihi), tapi semua kami adik beradik jadi juga 'orang'.

Tapi sekarang perents dan cikgu dah tak boleh lagi menggunakan pendekatan yang sama macam dulu untuk memberi didikan. Zaman dan berubah, macam tu juga idea dan perkembangan minda anak-anak sekarang.

Teringat satu kata-kata yang aku baca (tapi tak ingat kat mana, gomen!).
"Mendidik anak semasa kecil, seperti mengukir di atas batu. Mendidik anak di usia dewasa, seperti mengukir di atas air"

Betapa susahnya mengukir atas batu, akan kekal berbanding di atas air!

Rela hati

Mengikut pengalaman aku selama dua bulan menjadi 'cikgu kecik'-yang selalu kena buli, aku dapati mereka perlu pendekatan yang lebih friendly and fresh. Bukan lagi marah dan pukul. Mereka perlu sokongan dan kepercayaan sebenarnya, barulah mereka boleh dibentuk mengikut acuan sepatutnya dengan rela hati.

Kes aku dulu, dia budak yang diam. Tapi dia 'angin' sikit budaknya. Mula-mula aku tak faham apa yang menjadi masalah pada budak ni? Tapi bila ujian dia yang 1 markah lagi fail, aku 'tutup mata' siap suruh dia bawa pemadam and pensil, betulkan depan aku; barulah dia lebih 'cool' dan nak cakap dengan aku.

Selain tu, ada kelas yang tak pernah ada student dalam tu kalau ada cikgu. Tapi bila aku ada, diorang penuh pula satu kelas! Mungkin sebab aku bagi peluang pada diorang, approach diorang macam diorang kawan. They can ask me anything!

Ceh, perasan best je! Walau apa pun, tu pandangan aku lah. Tapi dalam keadaan sekarang yang duit adalah segalanya, parents pun sibuklah kejar duit. Kerja siang malam. Balik rumah dah penat, tak ada masa nak bermesra dan ambil berat tentang anak-anak. Cikgu pun terpaksa fikir pasal duit, kelas tuisyen lebih bermakna dari sekolah. Ajar separuh hati, perhatian tak ada pada pelajar. Lepas tu, kerajaan pula buat polisi yang bukan-bukan menambah pening semua orang. Akhirnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!

That's my opinion, maaflah kalau ia tak sesuai. Tapi cubalah luangkan masa, dengar betul-betul apa yang semua pihak mahukan. Ingat lagu Awie, Dunia tak kan berubah. Dengan amarah dan rajuk mu itu. Sedarlah!

10 Promises to my Dog



Aku nak sangat tengok movie ni dari hari tu, tapi malas nak pergi cinema. Tak sangka pula, malam tadi masa tengah download lagu Korea OST drama (yang satu pun aku tak paham sebenarnya!), aku terjumpa satu site untuk tengok online.

Wah! Apa lagi menghadaplah aku sampai ke pagi! Mula-mula seronok sebab anjing tu cute sangat, gebu, comel, geram je aku tengok! Rasa nak bela pun ada. Tapi akhir-akhir sedih pula.

Socks yang sangat setia dan selalu meneman Akari dari kecil sampai dapat boifren. Dah dapat Boifren, lupa kat Socks! Kesian kan nasib anjing, kalau lah dia manusia, sorry naik lori lah ko Akari. Tak mou dah kawan!

Tu la manusia, walau mak dah pesan ingat 10 janji tu kalau nak bela anjing tu, si Akari tu telah terlupa dan hanya ingat masa Socks dah nak mati. Sedih betul! Buat aku teringat kucing-kucing kesayangan yang pernah hadir mengisi dan meneman hari-hari aku dulu. Sekarang semua dah tak ada, terasa rindu pula tiba-tiba kat diorang.

Aku tak boleh upload gambar diorang sebab mak aku tak bagi ambil gambar kucing, takut mati cepat. Diorang tak mati, tapi hilang. Entahlah, lagi pun orang kata kucing tak mati kat rumah tuannya.

Cipon-san the Brave

Aku teringat kucing pertama yang datang rumah kitorang selepas sekian lama, namanya Cipon. Aku yang bagi nama tu dan beriya nak kucing tu. Kata kakak aku, mak kucing tu dan adik beradiknya mati kena langgar, sebab kesian dia bawa balik kampung dari Muar. Cipon sangat manja dengan semua orang, suka baring sama-sama bila kitorang tengok tv, lepas tu suka hisap baju macam hisap susu. Kesian dia, mesti dia tak tahu dia kucing sebab tak sempat belajar! Anyway, Cipon kucing paling baik, sampai bapak aku pun puji tau!

Mr Black the Kind

Kucing seterusnya ialah Black and White. Si Tam dan Putih. Kucing ni adik beradik, tapi Hitam baik dengan Putih. Selalu nak tolong Putih bersihkan badan, tapi Putih sombong bukan main! Pada aku, Hitam kucing kesayangan aku sebab pada hitam ada putih! (Badan Hitam semua hitam, tapi ada 'tie and stocking' putih. Putih pula 100% putih, hidung je pink!)

Ada satu malam masa tu diorang kecik lagi, tiap malam kena hantar diorang pergi 'toilet' kat luar rumah sebelum tidur. Memang train macam tu supaya tak kencing berak dalam rumah. Sekali ada pula bapak kucing dari mana pergi kejar and nak gaduh dengan diorang! Mencicit kucing kecik kena kejar!

Sampai terberak-berak si Hitam kena kejar, lepas tu menyorok bawah kerusi. Puaslah aku pujuk, rupanya mata dia berdarah! Kelam kabut aku tangkap diam nak tengok apa terjadi sebenarnya. Risau aku kalau-kalau mata dia buta. Dahlah Hitam, tak sapa suka, buta lagi!

kucing pun ada perasaan!

Rupanya bawah mata dia je yang kena cakar sikit. Malam tu dia tidur dengan aku, tapi aku tak boleh tidur so aku tengok dia. Dia pula macam tahu je aku risau kat dia, dia diam je. Selalu bising sebab Putih tak ada (Putih tidur dengan adik aku).

Tengok mata dia yang berkilau-kilau dalam samar cahaya lampu tidur, aku menangis sebab kesian dan rasa bersalah. Selebihnya sinar mata tu sangat menyentuh hati aku! Tak banyak benda yang boleh menyentuh hati aku, ini antaranya! Sampai sekarang, walau pun Hitam dah tak ada, aku masih boleh ingat rupa dia, satu-satunya kucing yang tahu kiss hidung aku!

Where ever both of you might be, thanks for always be on my side!

Saturday, May 30, 2009

Soalnya hati



Dulu

Aku suka lagu ni, classic.

Dah lama tak dengar atau ambil kisah, sehinggalah tengok CD ni all the way dari KL-Segamat dengan anak buah aku.

Sambil sekali-sekala menjeling bintang yang bertabur kat langit dari tingkap kereta abang aku, teringat pasal seseorang yang jauh. Entah apa khabar dia aku tak tahu, dan kalau boleh tak mahu lagi ambil tahu. Menyesal tu taklah, tapi aku nak teruskan hidup.

Sambil tu anak buah aku pulak dok usap-usap mata dan senyum-senyum balik bantal busuk dia, tengok Belle dan Beast menari untuk kali pertama, sambil di iringi suara Mrs Pots yang menambah classic lagi!

Di sebalik bintang, di sebalik senyum dan sengih anak buah aku, aku terfikir sesuatu. Kalau anak buah aku yang sekecil 4 tahun tahu menghargai sesuatu 'perasaan', apa pula aku?

Sekarang

Masih sedang berdiam diri.

Terasa nak meneruskan, tapi aku bimbang mempergunakan sebab aku tak punya perasaan. Hari ku tak berubah indah, tanpanya aku tak gundah, bebanku tak mahu kuserah, diamku pula tak kebah-kebah!

Kalau bercinta, laut api pun sanggup direnang. Bara pun sanggup dipijak dan bla bla bla Tapi aku tak rasa begitu pun. Sandaranku hanya satu, yang aku cuba yakini akan memimpin aku ke arah pilihan tepat. Tapi aku sendiri makin keliru sekarang

Selamanya

Dia akan setia menanti. Entah aku tak pasti kenapa? Mungkin sifatnya yang terlalu percaya diri dan bersopan. Dia yakin pilhannya tepat sangat, agaknya. Walau apa pun yang aku buat, dia tak pernah mahu mengulas. Sedang aku juga ingin tahu kalau dia marah, menyampah atau apa saja dengan sikap ku.

Jadi kesimpulannya dia tak kisah?

Tak kisah maknanya tak sungguh kan?

Dari Cerita Hindustan

Tadi aku tengok cerita Hindustan. Berbeza dengan cerita lain yang banyak adegan menari dan menyanyi sambil guling-guling kat kawasan pergunungan, cerita ni tentang masa untuk setiap orang untuk bercinta dan dicintai. (Tema ni tetaplah ada kan?)

Antara seorang lelaki 64 tahun, yang nak kahwin dengan seorang perempuan 34 tahun, bapa perempuan tu berusia 58 tahun, dan seorang pesakit kanser darah yang berusia 7 tahun.

Siapa yang boleh tentukan kelayakkan untuk bercinta berdasarkan masa atau usia? Yang mana lebih baik, dapat hidup bersama 10 tahun tapi sama-sama mencintai? Atau dapat hidup bersama 50 tahun, tapi tak sama-sama mencintai? Bagaimana si kecil 7 tahun yang tahu dirinya akan pergi selamanya, tapi menyokong orang yang masih punya masa untuk mencari cinta hati mereka.

Pesan Nenda:

Cucunda sekelian, nampaknya nenda masih belum jumpa nenda lelaki kalian. Tapi jangan bimbang, nenda mahu kamu semua jangan fikirkan usia dan masa, tapi perasaan untuk membina hidup bahagia.
Sekurang-kurangnya, rasa hormat dan sudi berkongsi. :)

Mula-mula

Akhirnya aku buat juga blog sendiri. :)

Sebenarnya dah lama nak buat, cuma tak tahu nak tulis apa dan belum bersedia nak berkongsi dengan lebih ramai orang tentang apa yang aku rasa dan fikir. Lagipun banyak responsibility yang aku kena tanggung bila buat blog, kena update, fikir nak tulis apa etc

Tapi mungkin aku dah bersedia kot. Melihat beberapa orang kawan aku yang dah ada blog sendiri di samping membaca blog orang lain hari-hari; aku rasa tak salah untuk aku cuba. Cuma lepas ni aku kena fikir apa yang aku nak tuliskan setiap kali dan luangkan masa untuk update. Wah! tak kan nak kena pasang streamyx pulak??

Atau mungkin aku hanya perlu memikirkan apa yang aku nak bagi tahu pada anak-cucu tentang pengalaman hidup nendanya ni. Ihihi seronok pulak bila fikir aku nak jadi nenda! Haha entah bila lah tu...insyaAllah satu masa nanti!

Oklah, at the moment ini je dari aku sebagai sekapur sireh. Moga ada lagi catatan perkongsian yang akan mampu aku coretkan di sini, kali yang lain.

Salam dari aku,
San_matahari

*thanks to my friend Ila Othman, sebab inspire aku untuk membina blog ini! Nanti bleh kita link-link e...


Blogger Layouts by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes